Ironi dan rezeki

Hubby is smarter and more calibre (I know at least he thot he is and I do have to agree that he is..ha..ha.. I do give credit when credit is due..) but my rezeki I have 'melangkah' him twice when it comes to promotion (maybe I am the murah rezeki type...syukur Alhamdulillah) meaning logically my purse should have extra cash than his wallet.. well the reality of it..

Balik kerja:

Hubby : list groceries dah panjang... jom pergi buat groceries

Masuk kereta:

Hubby : Tak payah la bawak handbag tu...bukan ada duit pun

Me : Takde duit pun takpe handbag mahal

Hubby : Iyela I yang bagi handbag tuh... you tak kan beli nya

Me : Ala pakai lawa-lawa (me still in baju kurung kerja) tak elok tak bawak handbag

Hubby bayar untuk groceries

Hubby tahu dalam handbag aku bukan ada banyak duit pun.


Malam :

Me : Minyak keter putih dah warning... cukupke nak sampai opis esok

Hubby : Esok you bawak keter hitam... keter I tak pernah takde minyak asyik full ajer, keter you memanjang nak warning

Hubby memang isi minyak keter dia dan keter aku... sian hubby


Balik raya :

Aku : Petang ni I nak potong rambut... dah tak larat dengan rambut yang tak terurus ni

Hubby : Kalau nak potong rambut macam-macam alasan

Dalam kedai rambut:

Aku : Potong macam mana ...sampai mana?

Hubby : Potong kat bahu jer, jangan pendek tak elok

Dah siap, kat kaunter:

Aku : Berapa ?

Kaunter : RM 40

Hubby terus bayar

Dalam keter:

Hubby : Potong straight pun RM40..

Aku : I kerat rambut RM40 tapi setahun sekali... you tiap bulan kerat... kalau sekali kerat RM10 dah RM120 tuh

Hubby bayar potong rambut aku dan anak-anak dan tentu rambut dia sekali.

Itu realiti walaupun aku punya pangkat lebih sikit dari hubby...

Kadang-kadang hubby kenen aku:

Hubby: You ni dah masuk chapter 11 ni (dia rujuk kepada krisis kewangan, chapter 11 tu makna dah teruk sebab takde chapter 12)... belanja lebih keupayaan kredit. Berat I nak kena tolong ni. Isi borang dan bagi gambar 2 keping...seminggu dapat duit (mcm iklan kat TV yg bini nak pinjam keter tuh)


Aku : You belanja untuk keluarga anak isteri... berkat sebab itu you selalu ada duit jer.

Itulah ironinya... rezeki dan berkat suami berbelanja untuk famili.


Salam Lebaran 2008

Hari ini hari Jumaat
Esok Sabtu ramai nak balik
Pandu kereta dengan selamat
Selamat tiba selamat balik

Ketua Kabinet aka hubby sudah memutuskan Aidil Fitri 1429 (2008) akan disambut di Kg Baru, Rantau Panjang,Kelantan. Alhamdulillah... aku teramat gembira dapat menyambut raya bersama keluarga... kemeriahan raya di kampung sendiri dengan keriuhan saudara-mara dan kekecohan keluarga menikmati hidangan raya...aduss cukup menyentuh hati.

Sejak berkahwin 11 tahun yang lalu, ini adalah Aidil Fitri ke-2 aku menyambut di Kelantan... selalunya kami balik beraya di Kodiang dan balik ke kampung aku pada raya ke-3 sehingga habis cuti raya... adik-adik aku selalu bising

"kita orang dah nak bertolak balik KL...along baru sampai"

Sebenarnya aku tak kisah sangat nak beraya di mana... aku memang seronok raya di mana sahaja... di Kodiang pun aku seronok sebab keluarga hubby cool dan aku baik dengan keluarga hubby aku... I feel at home kat sana...

Tahun ini pun setelah hubby cakap kita balik raya Kelantan aku buat tak kisah aje... bila dah confirm baru aku telefon mak

" Ma balik raya kat rumah"

"bestnya... budak-budak suka tak"

"suka dah bilang hari......"

"bertolak balik pagi Sabtu lepas sahur... balik tak tahu lagi... tak tanya hubby lagi......"

"tak payah nak tanya-tanya pasal berapa hari nak balik... tak payah jadi budak-budak nak gaduh pasal balik raya"

"takde lah memang tak tanya pun... "

Walaupun aku rapat sangat dengan mak...dan aku anak sulung tapi mak aku tak bagi aku gaduh pasal balik raya... mak kata asal balik raya ke berapa pun takpe.

Terima kasih mak

Awal Ramadhan

Ramadhan 1429 datang lagi...

Malam sebelumnya kami sekeluarga kepenatan berjalan ke sana-sini... dari Pasar Tani Shah Alam ke Alamanda ke Setapak dan Jln Peel... akibatnya aku dan hubby miss first terawih di surau... terawih sendiri di rumah.

Sahur kami makan simple ajer dan sibuk melayan anak-anak terutama Izz yang baru pertama kali bangun sahur.

Puasa esoknya adalah cabaran bagi memastikan Izz tak pecah puasa... agak susah sebab Izz masih menghisap susu botol... dugaan melawan ketagihan botol susu menyebabkan Izz merengek setiap 5 min... mintak susu dan setelah dipujuk Izz berjaya menahan dan telah meminta 4 botol susu untuk berbuka... aku senyum aje.

Lepas Zuhur... untuk menenangkan jiwa yang dah tak larat melayan rengekan Izz, kami sekeluarga ke Alamanda... lebih kepada untuk melekakan anak-anak semasa puasa...

Tapi rengekan Izz masih berterusn

"Izz nampak macam semua orang makan"

"Kenapa ada orang India tu minum air... dia tak puasa ke"

"Budak tu hisap susu... "

"Izz dah nak pecah perut tengok makanan"

kadang-kadang aku ketawa dengar rengekan Izz... mata dia dah nampak macam semua orang yang membeli makanan tu sedang makan...

Masa berbuka Izz hisap sebotol susu... makan sekeping pizza dan minum 100 Plus.... sepulun minit kemudian Izz muntah atas sofa... baru legaa perut Izz

Bila nak terawih... bila aku ajak Iman dan Inas pergi terawaih masing-masing dah berat perut... tiba-tiba Izz cakap kat Inas

"Inas lupa ke yang ada teh o tu"

Teh O telah membuatkan Iman, Inas dan Izz ke surau... aku memang tak biasa hidangkan teh o untuk anak-anak... jadinya moreh terawih yang ada teh o membuatkan anak-anak teruja nak ke surau.

Baju Raya


Kita merancang Tuhan menentukannya

Ikut perancangan aku dan hubby akan shopping baju raya di Bandung cuti sekolah ini tapi dah ditetapkan from Bandung to Sogo...

penat aje aku buat list apa nak shop kat Bandung... penat aje aku dok bincang dengan Linie & Caria pasal Bandung and Jakarta... pasal Mangga Dua, Tanah Abang dan gedung-gedung branded goods di bandung

Bagi mengubat plan shopping maka aku pun ajak hubby pergi shopping dengan alasan "minggu depan dah puasa baju raya anak tak beli lagi" ... hubby agaknya kerana masih rasa bersalah sebab tidak dapat ke Bandung cepat aje bagi green light... ha... ha

Malam tadi, aku dah cakap kat kakak & co esok nak pergi beli baju raya... aku pulak yang excited nak shoping baju raya... ha..ha.. aku jarang shopping so bila kena shopping rasa teruja pulak.

Plan nak keluar rumah pagi tertunda sampai pukul 10.00 pagi sebab aku tak sampai hati pulak nak kejutkan Inas yang masih lagi champion tidur... lagipun cuti sekolah kan.

Kakak & co sibuk bertanya Sogo kat mana... kesian anak aku Sogo pun tak tahu... memang kami jarang shopping satu family... rasanya inilah kali pertama kami bawak anak ke Sogo... tahun lepas kami shopping baju raya kat KLCC. Aku memang lah selalu ke Sogo.

Sampai Sogo pukul 10.45 pagi... orang dah ramai... agaknya semuanya macam aku nak settlekan baju raya anak sebelum puasa...

Kami terus ke Children's Dept... kakak & co dah rambang mata... almaklum mereka jarang sangat shopping... so teruja lah bila dapat peluang pilih baju sendiri...letih layan kerenah mereka... masing-masing dengan taste dan style mereka... sekejap Izz tarik tangan aku tunjuk baju yang dia nak... sekejap Inas pulak datang cakap dia dah jumpa baju yang dia berkenan... aku pulak kena pujuk kakak suruh tukar baju yang dia dah pilih sebab design yang aku rasa tak cantik.

Nasib baik aku ni dah tua dan tahap kesabaran makin tinggi... lagipun hubby dah pesan

"you ajak anak shopping pastu you sibuk pulak cakap baju ni tak boleh baju tu tak boleh... "

ha..ha.. dapat sebijik... kalau ikut hubby memang dia tak nak bawak anak-anak shopping tapi aku yang beria konon setahun sekali bagi lah anak rasa best nak raya...

Pukul 1.30 petang masih lagi belum selesai.

" mummy Izz dah tak tahan nak makan...lapar"

"kakak punya seluar takde kat sini... kakak nak beli kat Girls" as always kakak susah nak cari jeans sebab dia amat ramping dan tinggi...

Maka terpaksa lah ke KLCC nak cari kedai Girls... aku dan hubby duduk kat luar aje... kakak & co mencari apa yang mereka nak... aku pun tak tahu apa yang mereka suka sangat kat Girls sebab bajunya bagi aku takle cantik banyak mengerlip jer... tahun lepas kakak tak mintak pun baju Girls tahun ini dah pandai pulak dia... pengaruh sepupu dan kawan-kawan agaknya.

Aku ingat kakak ni tak reti pasal baju-baju ni... salah sangkaan aku walaupun kakak nampak tak kisah pasal baju rupanya dalam hati dia ada pilihan dia.

Kakak & co beli tshirt dan aksesori Girls ajer sebab dia tak berkenan dengan jeans Girls.

Kami masuk Isetan... banyak jugak pilihan... dan to make sure our shopping selesai... aku sebagai ibu telah membuat pilihan... ha..ha.. kuasa veto seorang ibu...aku cari jeans yang sesuai dan pujuk mereka supaya suka... sebenarnya bila kakak bagitahu aku style Girls aku dah boleh bayangkan apa seluar yang sesuai.

Izz dan Inas nak kasut ala bellerina.... nasib baik ada kat Isetan...kakak masih tak jumpa kasut... last-last nanti harus aku belikan selipar ajer...

Hari ni baru aku tahu:

gaya Girls adalah jeans yang digantung rantai-rantai yang ada macam-macam aksesori... so boleh beli jeans biasa dan beli gantung-gantung tu jadilah Girls.. versi murah sebab sehelai jeans Girls harga RM130.00...

sehelai tshirt Girls berharga RM65.90...

aksesori Girls harganya RM29.90... kalau beli other brand baru RM15.90 kat Isetan

baju-baju budak mahal

kasut-kasut budak mahal

hatta cekak rambut pun mahal

... dan aku cakap kat hubby lepas ni aku pun nak pakai tshirt Girls... ha..ha..

... dan hubby cakap kalau kami ada 2 anak lagi ( refer kepada my 3 miscarriages) lagi sakan kena belanja untuk beli baju raya....

... aku cakap nasib baik all our raya shopping dah selesai... bayangkan shopping dalam bulan puasa boleh kosong pahala puasa...

... dan hubby cakap semua yang sibuk shopping bukan nak menyambut puasa tapi nak menyambut raya


Setahun sekali... aku gembira melihat anak-anak gembira membuat persiapan raya... aku tak pasti mereka faham tetapi aku sebenarnya cuba mengembalikan kenangan aku masa kecik dahulu... betapa aku amat gembira bila dapat baju dan kasut baru untuk raya....

dulu setahun sekali pada hari raya aku akan dapat sepasang baju kurung, sepasang baju biasa, sepasang baju tidur dan sepasang selipar... baju biasa samada gown atau pants mak akan beli kat Globe... kasut kat Bata...




25 Ogos

My last entry was on 5th August... meaning I havent write in 20 days.... sebenarnya ada beberapa insiden yang masam, masin, pahit, pedas dan panas berlaku dalam tempoh 20 hari itu... malas nak ingat dan malas nak tulis...

Weekend macam biasa bermula Jumaat malam hantar Inas ke kelas tution nun jauh di Cheras... makanya setiap Jumaat malam aku dan hubby berdating la.. more of a dinner date je... apa nak dating tah sebab asyik fikir menu apa nak makan ... sungguh tak romantik kan... lepas makan hubby isi petrol RM50.

Sabtu pagi... aktiviti bermula seawal 8.30 pagi untuk hantar kakak dan Izz ke kelas tution nun di Cheras jugak... macamle takde kelas tuition di PJ ni... anyway itulah komitmen kami as parents... nak fikir pun buat beratkan kepala aje... buat ajelah apa yang patut.

Lepas breakfast hantar kakak ke rumah adik ipar, nasib baik my nieces pun pergi kelas tution yang sama so my adik ipar bolehlah fetch Izz and send kakak to tuition. Kami pulak ala-ala drop-in aje anak-anak dan bibik kat rumah my adik ipar dan kami terus ke pasar tani Melawati untuk ambik stok ubat hubby... sejak hubby sakit ni ada aje orang kampung kirim ubat... kali ni tokwan kirim serai wangi pulak... serai wangi akan dijampi oleh bapak mertua adik Niza sebelum aku rebus sampai tinggal 2 botol ajer.

Dari Melawati terus balik PJ dan bersiap untuk pergi kenduri kahwin rumah kawan hubby di Pinggiran Putra... mewah tapi kurang meraih majlisnya... anak Anis kawan kami yang makan semeja cakap kat mamanya "mama kawan mama ni kaya ke? dia bagi Ferrero Rocher"... budak-budak pun tahu... bila coklat dalam kotak yang cantik diisi Ferrero dan Daim memang bolehlah dilabel kaya...

Balik kenduri perut pun kenyang... hubby ajak lepak tengoj DVD cerita The Mummy yang tak kick sebab dah tukar heroin yang tak lawa... nampaknya wajah lawa heroin pun boleh mempengaruhi kick ke tidak cerita...

Malam kami ke Cheras jemput anak-anak dari rumah adik ipar.... tapau dinner dan hubby memecut untuk tengok final Piala Malaysia... dan aku layan olimpik sampai pagi... aku memang minat dengan olimpik dan sanggup tongkat mata sampai 2,3 pagi...

Kek Kakak

Semalam 2 biji birthday cakes kakak selesai kat sekolah... Inas dan Izz dengar je cerita kakak pasal birthday cakes Strawberry Shortcake yang cantik dan sedap itu... kesian aku dengar sebab for the first time mereka tak dapat share tiup lilin.

Pagi tadi aku pun buatlah coklat cake versi simple pakai rice cooker ajer... so cake taklah cantik. Lunch aku balik tuang topping coklat... just in time kakak & co balik sekolah... apalagi seronoklah dapat sama-sama nyanyi lagu Happy Birthday dan tiup lilin... nasib baik jumpa sebatang aje lilin jadilah buat seronok-seronok...

Izz memang minat tiup lilin birthday cake... and silently wishing for a bigger and nicer PowerPuff cake for her 7th Birthday this December... she has been having PowerPuff birthday cakes for the last 2 years.

Kakak buka presents... hadiah dari ayah, mummy, Inas dan Izz... okle tu ada jugak presents to open kan...

Kakak kata tema tahun ni teddy... dia dapat teddy dari ayah, Inas dan Izz...penuhla koleksi teddy yang dah macam zoo kat bilik tidur mereka.

Sebahagian dari koleksi soft toys yang dah macam zoo... anak tiger pun ada


teddy pun pakai baju tidur....

Inas ditemani teddy yang berbaju tidur.

Iman is 10

Hari ini kakak @ Iman dah bertambah dua digit umurnya.

Kakak has been wishing for a birthday party... I promised her one this year sebab last year she celebrated it with just close family members and it was also a joint celebration with tok wan at Palace of Golden Horses.

Even though I did organised for clowns and cake... dia lebih suka party kat rumah dengan ramai kawan dan sedara mara... aku rasa guilty sebab Inas dan Izz ada party mereka di rumah dengan ramai kawan dan sedara mara.


Nampaknya tahun ini, sekali lagi, she is not having her birthday party at home sebab terlalu banyak komitmen yang datang... what with school/tuition replacement.. aku kena outstation... aku gave up.

On Friday, I suddenly got this idea... she can have her party in her class. She agreed and I am so legaa.

I ordered 2 cakes for 38 kids in her class ( with instruction to bring back 1/4 of cake for us at home) and prepared 40 goodie bags.

So today... I hope she will cheerfully blow the candles to the tune of Happy Birthday to You by friends and teachers... eating Strawberry Shortcakes birthday cakes to mark her 10th birthday... even though all family members will not be there to share that special happy moment... we know that she is happy.

kakak was born at 5.07 pm, 4th August 1998
posing with her birthday pressies


Anak II

Pagi-pagi Jumaat lagi aku sudah membebal... what a way to start a day, hari Jumaat pulak tu.

Aku bangun agak lewat... semalam aku dan hubby tengok wayang cerita X-Files... kami sampai rumah dalam pukul 12 malam... apalagi susahlah aku nak bangun pagi ini.

Bila bangun aku tengok ketumbit mata Inas makin besar... jadi aku cutikan Inas hari ini... dan aku meriba Inas sambil dia nenen. Izz pun sedang nenen.

Kakak breakfast sambil diikat tocang oleh bibik... sambil bersembang... aku dengar aje sambil melayan Inas.

Tiba-tiba

"aah ye la tu kalau bibik tak buat siap... akak s*p@k bibik kang"

Tersirap darah aku... aku sungguh terkejut kakak boleh cakap begitu... aku tahu kakak cakap dalam bergurau aje... nak gertak bibik suruh buat sesuatu... kakak dan bibik memang macam kawan... tapi aku tak suka.

"Kakak kenapa cakap tak elok macam tu?"

Dia diam

"Kakak pernah dengar mummy dan ayah cakap macam tu tak?"

Dia geleng kepala

"Kalau mummy dan ayah tak pernah cakap macam tu maknanya benda tu tak elok... kenapa cakap cakap benda tak elok... nanti kalau orang dengar kakak cakap macam tu orang ingat mummy dan ayah pun cakap benda yang sama... malu la mummy dan ayah....."

Aku berleter... kakak makin tunduk.

"Izz dan Inas ada cakap macam tu tak?"

Cepat-cepat mereka cakap "Tak".

Aku pun tak pasti di mana dan dari mana kakak belajar cakap begitu... aku rasa kat sekolah... pengaruh kawan-kawan...

"Kakak ikut cakap kawan ye?... kan mummy dah cakap jangan suka ikut cakap kawan-kawan... kalau kawan cakap biarlah... tapi kakak jangan ikut"

Aku tak pasti kakak akan dengar dan ikut nasihat aku... tapi aku tak akan berhenti cuba nasihatkan kakak.

Aku memang risau dengan kakak... risau pengaruh kawan-kawan kat kakak sebab kakak duduk dikelas hujung... kelas yang majoriti murid-muridnya tidak berminat untuk belajar dan tidak mempunyai atitud yang baik... masa aku jumpa cikgu kelas kakak untuk ambil buku rekod kakak... cikgu pun ada cakap

"budak-budak kelas ini hyperaktif... memang tak boleh duduk diam... mereka akan sembang, main-main dan buat macam-macam lagi masa cikgu mengajar... ada 38 budak memang susah nak kontrol mereka agar concentrate masa belajar"

Cikgu tu agak berlapik cakapnya...aku rasa dia nak cakap "budak-budak kelas ni dah takde harapan lagi dah... datang sekolah masuk kelas buat syarat aje..."

Itu yang aku bimbangkan... masa aku belajar dulu begitulah keadaannya bagi murid-murid kelas hujung-hujung ni...berbanding murid-murid kelas depan.

Masalahnya kakak berada di kelas ini... dan kawan-kawannya tentulah murid kelas ini.

Kawan-kawan kakak tak banyak... di sekolah dia berkawan dengan budak kelas dia... di rumah dia berkawan dengan adik-adik dia dan bibik... hujung minggu dia berkawan dengan sepupu-sepupu dia... itu aje kawan-kawan kakak... kakak tak berkawan dengan budak-budak di sekitar kawasan rumah aku walaupun dia selalu ke taman belakang rumah dan berbasikal keliling kawasan rumah...

Aku nak kena monitor kakak lebih dekat lagi... aku kena selalu ingatkan kakak benda-benda yang tidak elok untuk dia... after all aku kan ibunya memanglah aku bertanggungjawab ke atas dia.




Anak PERMATA

Kerja aku amat berkait dengan kanak-kanak dan tagline kerja aku ialah "Setiap Anak Permata Negara" atau "Every Child Is Precious".

Jadi aku amat kecewa bila aku memerhatikan sebilangan besar ibu/bapa seperti lupa akan anak mereka adalah permata mereka...

Jadi...

Aku geram kalau ibubapa hanya anggap anak sekadar nak melengkapkan syarat kahwin kena ada anak... bila dah anak tak pandai jaga anak.

Aku heran bila pasangan yang baru kahwin susah hati kalau masih tak pregnant tapi bila anak dah lahir tidak pulak mereka bersusah hati untuk memberi asuhan yang baik.

dan

Aku paling marah bila ada bapa tinggalkan anak mereka...

Bila aku berjumpa dengan ibu-ibu yang telah ditinggalkan suami, aku jadi sedih mendengar kisah mereka:

Ibu melayu, muda dalam awal 20an setelah 2 tahun diceraikan suami.

" saya tinggalkan aje 2 anak saya di rumah, pandai-pandailah mereka uruskan diri mereka pergi balik sekolah, makan minum mereka di rumah... saya kerja di Projet asyik OT je... kalau saya tak OT memang tak cukup gaji basic"

Aku terbayangkan 2 anak lelakinya yang masih kecil terbiar di rumah dan jika keadaan ini berterusan aku bimbang mereka terjebak dalam aktiviti tidak sihat. Aku kesian ibu muda ini yang tersepit di kehidupan kota.

Ibu cina, muda lewat 20an dan masih cantik ditinggalkan suami selepas melahirkan anak pertama.

"Awak cantik pun pun suami tinggal ke?"

"suami saya tinggalkan saya sebab saya lahirkan anak perempuan, ibu mertua saya pun tak suka dapat cucu perempuan"

"Nama anak awal Hilary ye... mungkin boleh jadi macam Hilary Clinton tau" aku cuba sejukkan hatinya.

Aku kutip cerita sedih semasa aku di Bercham tempohari...

A Day in Bercham

This week, I made 2 trips to Bercham somewhere near Ipoh

Pengalaman di Bercham amat unik... sebagai sebuah kampung baru yang majoriti penduduk Cina.

Aku sudah ke Bercham pada hari Khamis untuk melihat projek PERMATA di Bercham yang sudah hampir 90% siap.

Sabtu pagi seawal 6.30 pagi, aku meninggalkan rumah untuk bersama Y.B Senator Heng for soft launching of Pusat Anak PERMATA Negara Bercham Perak. Ramai ibubapa dan anak-anak hadir. Majoriti hampir 95% dari bangsa cina.

PERMATA Bercham adalah unik satu projek khusus diselaraskan oleh MCA di mana Y.B Senator Heng adalah Penyelarasnya.

Y.B Senator Heng berucap dalam 35% BM dan 75% Mandarin.

Sesi taklimat oleh Puan Nur Janiffa Au pula dalam 20% BM dan 80% Mandarin.

Sesi pemilihan pula dijalankan bersama Wanita MCA Perak dalam 5% BM/BI dan 95% Mandarin.

Aku rasa macam aku duduk di negeri China....

Projek PERMATA Bercham adalah antara cabaran besar bagi aku... namun aku positif kerana aku melihat semangat Wanita MCA yang bergitu bersungguh dan komited untuk menjayakan program ini.

Aku juga sebenarnya melihat mereka dan belajar...




Exam

Aku tahu it's exam time when



The fridge is all covered with Jadual Exam... Tahun 4, Tahun 2 dan Tahun 1

The house is suddenly quiet... no TV ... no fighting over Astro Channels... sampai boleh aku baca all papers in peace... news dalam paper aje yg tak berapa peaceful

The kitchen closed for business by 9.oo pm and bibik retires to bed before 9.30 pm...

The children managed to act busy doing their things BUT reading their books.

It has been a standing instruction NO TV during exam...

Dialog during exam

Masa dinner, aku dan hubby tengok berita and suddenly

Izz : Ayah boleh tengok belakang tak

La rupanya Izz mintak permission nak pandang belakang sebab TV tengah on

Aku tahan gelak

Lepas solat

Iman : Mummy kakak dah doa bagi Inas dapat 5A, adik Izz dapat 4A

Aku : Habis kakak doa dapat berapa A

Kakak : Kakat doa nak dapat 3A

Aku tersentuh sebab kakak memang tak pernah dapat A dalam exam terdahulu tetapi bersemangat berdoa agar dapat 3A... namun kakak tak lupa untuk adik-adiknya

Izz : Mummy Inas dah tidur dia tak baca buku

Aku : La awalnya Inas tidur baru pukul 9

Kakak : Inas takpe tidur dia mesti dapat 5A

Aku dapat merasai bahawa anak-anak aku memang berbeza... Inas agak cemerlang dalam pelajaran, dia memang agak malas untuk belajar sebab itulah bila kakak dan adik belajar dia tidur kerana tiada siapa yang nak bermain dengan dia.


Aku : Macamana exam tadi? Saper boleh buat tak... selalunya hanya Inas yang angkat tangan

Izz : Izz boleh jawab tapi ada soalan yang susah sikit

Kakak : Tak tahulah boleh jawab ke tidak susah sangat


Jawapan yang aku dah jangka. Aku tak akan memberi remarks atau komen kepada jawapan mereka.

Aku percaya setiap orang, termasuklah anak-anak aku, diberikan Allah dengan tahap kepandaian yang berbeza.

Aku akan terus memberi semangat dan dorongan kepada kakak, Inas dan Izz tanpa cuba memaksa mereka...



DEbat

Hubby and I glued to the TV at 9.00 pm to watch the much anticipated debate... well I am not a fan of both...like I say I am not into politic... but hubby managed to convince me that DSAI is a 'talented' speaker... so I decided to watch the debate.

My say:

DSAI at first looked haggard and a bit tua somehow still have the charismatic persona (ade ke term ni) and yes he is still charming and I liked when he crooked a 'sinis' smile... bila opponent kenakan dia..ha..haa... memang patutpun sebab opponent pun isshhh buat malu je la...


DAS... well you just looked plain stupid especially when you open you mouth... ini kes kalau xam memang sah fail sebab TAK PERNAHNYA nak menjawab soalan... aku heran camna seorang bekas pensyarah dan kemudiannya menjadi Menteri Penerangan begitu tak convincing bila berdebat.

Aku bukan ahli ekonomis global... aku hanya pakar dalam ekonomi rumah aje... but at least I will not ask DSAI on how to control inflation.... because you just cannot.... but you can control other factors that can lead to inflation ... DSAI senyum aje la dengar soalan macam tu.



Kenangan

Sekarang hubby ada di London... bila hubby sms dia sedang menyusuri Oxford Street... berjalan di Hyde Park... aku kembali teringat betapa seronoknya berjalan di sepanjang Oxford Street yang penuh deretan kedai-kedai... keluar masuk Selfridges, Harrods yang begitu cantik seni bina bangunannya ...

Aku masih ingat lagi betapa seronoknya menjelajahi kota London pada winter tahun 1989/1990... kali pertama aku dan kawan-kawan turun untuk berkumpul
bersama-sama di London untuk mengenali

Trafalgar Square
Piccadilly Circus
Big Ben
Tower Bridge
Tower of London
Buckingham Palace
Convent Garden

bagi aku itulah kenangan paling manis sepanjang 3 tahun aku berada di sana.

Kalau ada rezeki aku ingin ke sana lagi...


Outstation

Ahad 6 Julai adalah hari yang hectic buat aku... banyak benda yang aku dan hubby buat...

- nak celebrate birthday aku... yang ni is A Must since last year dia lupa

- pergi rumah adik hubby di BTHO, Cheras... ambik barang kakak dan say good bye to mak tok dan
tok wan... depa nak balik Kedah hari Selasa... Sabtu malam kami sekeluarga dah melepak kat rumah
adik ipar tu yang kakak tertinggal bag tution dan hp

Balik dari Cheras kami terus bersiap-siap untuk ke KLIA... hubby akan terbang ke Kota London.

Kami sampai awal di KLIA sebab kami nak balik awal kerana esok hari sekolah.

Di KLIA aku tinggalkan Iman & co dan sepupunya bermain 'kapal terbang' depan KFC... aku temankan hubby ke kaunter check-in...

Pukul 9.00 malam kami semua say our goodbyes to hubby... flight hubby pukul 11.40 mlm.. so aku suruh hubby rest kat Golden Lounge je sementara menunggu flightnya... nak tunggu lama pun tak boleh sebab esok hari sekolah...

Masa nak naik erl... aku semput mengejarkan erl kerana tiba agak lewat dan skrin tertulis 0min... dengan 3 anak dan 1 anak saudara aku berkejar turun escalator dan sempat masuk just in time utk hold the door untuk budak-budak tu.... fuhhh suspen je.

Dlm erl tiba-tiba mata Iman dan Izz dah merah... hmmm baru nak sedih berpisah dengan ayah... aku terus call hubby dan suruh hubby pujuk Izz.

Bila kami nak naik kereta kebetulan Izz nampak kapalterbang melintas lalu... terus dia cakap tu kapalterbang ayah... dalam kereta adegan sedih bermula semua menangis... mula tu aku suspen jugak tapi aku diamkan aje dan mula main psikologi...

Sampai rumah bibik terkejut tengok Iman, Inas dan Izz menangis... nasib baik bibik pandai pujuk

"bibik 2 tahun tak jumpa mak dan ayah bibik...lagi sedih... Izz 2 minggu je tak jumpa ayah"

Aku risau jugak kalau mereka terus sedih... esok aku nak ambik mak aku datang temankan kami...biar kurang sikit kesedihan mereka.

Balik kerja esok aku akan singgah ambil mak dari rumah adik aku, Eta... mak sudah 2 hari di rumah Eta...
Kebetulan mak ada follow up check up di Hospital Putrajaya pasal sakit kakinya... bolehlah mak akan menemani aku dan anak-anak selama hubby berada di kota London.

Lega sikit hati aku nampak anak-anak happy bila mama mereka ada, malam Iman dan Inas request tidur dengan mama... memang selalunya begitu...

Sebenarnya anak-anak aku lebih close dengan aku... tapi bila aku outstation tak pernah pulak hubby cakap mereka sedih menangis...agaknya sebab aku selalu outstation jadi anak-anak aku dah tak kisah sangat kalau nampak aku heret bag...

6768

6 Julai 1968 tarikh kelahiran aku dan bila disingkat menjadi 6768... satu nombor yang cantik pada aku dan pernah menyimpan hasrat untuk memilikki kereta berpletkan 6768.

Tahun lepas hubby 'lupa' birthday aku... merajuk besar aku...

Tahun ini awal-awal lagi hubby dah tanya apa nak buat on my birthday dan apa hadiah yang aku nak.

Sebenarnya bagi aku yang penting ingatan hubby di hari jadi aku... kalau ada hadiah itu dah bonus... dan tahun ni aku dapat banyak bonus dari hubby



surprise bouquet dari hubby... dah lama aku tidak menerima bunga


I am 40

Aku called abah

"abah... today Ma dah 40 tahun"

"eh iye ke" abah macam tak percaya anak sulung abah dah berusia 40 tahun... walaupun tiada ucapan tapi aku rasa seronok mendengar suara abah.

Mak called

"Selamat hari jadi yang ke 40... mak teringin nak tengok Ma pakai tudung... dah masuk 40 ni dah boleh pakai tudung la......" panjang lebar mak bercerita harapan dia nak tengok aku pakai tudung.

Alhamdulillah hari ini 6 Julai aku telah melangkah ke usia 40 (masa aku kecik-kecik dulu orang yang berusia 40 tahun dah dianggap tua... kalau perempuan dah makcik-makcik sangat.. yang boleh dibawa berunding hal-hal keluarga yang besar...yang cakap mereka boleh ditrima pakai).

Tapi aku at the age of 40....

masih lagi bertanya mak segala benda

masih lagi ditegur mak dalam segala perkara

masih boleh melepak di kedai mamak dengan sepupu-sepupu yang masih anak-anak dara sampai pukul 2 pagi.. no protokol he..he..

masih boleh bergelak ketawa tak ingat dengan adik-adik aku

aku at the age of 40... aku tak rasa aku macam makcik-makcik aku semasa mereka berumur 40an... masa dan suasana nyata telah berubah... umur hanyalah sekadar angka yang mengingatkan kita akan kehadiran kita di dunia ini... sebab dikatakan age is only a number.

aku at the age of 40 bersyukur kerana

aku dikurniakan keluarga yang cukup membahagiakan aku... suami yang amat menyayangi aku dan anak-anak yang comel dan baik.

aku dianugerahkan dengan hubungan kekeluargaan yang baik... mak, abah, mak tiri, mak mertua , bapa mertua, adik-beradik, abang ipar, kakak ipar dan adik-adik ipar aku semuanya baik-baik... bagi aku keluarga yang baik adalah anugerah Allah.

aku juga diberikan rezeki yang baik dalam kerjaya... sesuatu yang aku sendiri tidak mimpikan.

aku juga dimudahkan Allah dalam urusan kehidupan seharian dengan kesihatan yang baik, rezeki yang murah dan dijauhi dari perkara-perkara yang berat... sesungguhnya aku amat bersyukur.

dan di hari ini aku berdoa semoga

aku akan dapat menjadi hamba Allah, isteri, ibu dan anak yang baik... Amin.








Jadual baru

Julai jadual baru

Jumaat...

Lepas lunch hantar anak ke kelas piano.... bibik akan 'take care' Iman & co.. dia kena make sure Iman & co akan masuk kelas piano ikut time...

Nasib baik untuk kali pertama ini ni mokcu ada so bolehlah tolong jaga Iman & co kat Alamanda.


Yahoooo aku dah tak payah nak ukur Alamanda lagi... aku pun dah nak muntah meronda kat situ.

Malam ni kena dinner awal... lepas dinner kena hantar Inas ke Flying Colors... nun di Cheras sana... tution BI

Inas masuk level 2 kelas 8.00 - 9.30 mlm hari Jumaat... leceh tapi terpaksa...

Sabtu...

Hubby pergi pasar...

Aku pulak seawal 8.30 pagi kena keluar rumah hantar Iman & co ke rumah adik ipar aku, Izz ada kelas Flying Colors at 9.00 am - 10.30 am, lepas tu Iman ada kelas at 10.30am - 12.00 pm.

In between bolehlah aku make friend pulak dengan Jusco Cheras Selatan....


Ini jadual baru bermula bulan Julai

Keputusan

Hubby memutuskan untuk menolak tawaran untuk balik berkhidmat di negeri kelahirannya... walaupun tawaran itu merupakan satu promotion untuknya.

Aku syukur kerana hubby membuat keputusan itu... kalau tidak aku tak boleh bayangkan kehidupan aku di PJ dengan 3 anak yang masih bersekolah dan beban kerja aku yang kerap memerlukan aku sentiasa out-station...

Dalam mengejar pangkat... kita masih punya tanggungjawab ke atas keluarga... aku akan tetap ingat perkara ini

3 - 0

Game semi final 3 - 0 ... bagi aku tak patut, itu macam result game first round je...

Aku kecewa dengan barisan muda Rusia (hensem jugak player Rusia, keeper muka muda giler), main defend aje... midfield mati... si Arshavin pulak kena ikat mati dengan Spain...

Macamana agaknya corak permainan Rusia kalau Arshavin tidak diturunkan... aku rasa Spain memang aim nak ikat dia... kalau dah tahu nak kena ikat baik turunkan orang lain... eh mengarut apa ni... macamlah aku reti sangat pasal bola... tengok bola pun bila ada big game ajer.


Aku nak tengok macamana game final nanti.... mesti best... aku harap best... kalau tidak buang karan je aku bangun pukul2.45 pagi... dan berjaga 90 min.

All this will over by 30 June... lepas itu aku boleh tidur lenaaaa sampai pagi.

Baby Qeisha

Minggu ini rumah aku meriah...

Mak tok dan tok wan (mertua aku) ada


Adik ipar, suami dan anak comelnya, Qeisha ada.

Qeisha, 5 bulan anak perempuan sulung adik ipar aku.

Anak-anak aku seronok bila ada famili tinggal bersama... rumah jadi meriah, makan malam pun berselera kerana kami akan makan bersama sambil bersembang... macam-macam cerita keluar.

Qeisha is such an adorable baby... tak meragam, suka ketawa bila diagah... dia memang mesra, very friendly... aku panggil dia Ticha... comel pulak bunyi Ticha...


Qeisha akan diletakkan atas toto di ruang tamu dan dia akan jadi centre of attraction...


Anak-anak aku balik sekolah akan terus mengagah dia. Aku pun balik kerja akan duduk bermain dengan Qeisha... Qeisha pulak nampak aku je dia ketawa.

Bila petang mak tok akan dukung Qeisha ke depan belakang rumah... tengok Inas dan Izz main.

Inas dan Izz sedang mendemo lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi... lagu fevret mereka sejak dinyanyikan oleh Stacy AF6.



Qeisha ketawa bila diagah... ketawa ialah hobby Qeisha.

Inas dan Izz main dengan arnab, kesian pulak arnab dah seharian terkurung dalam cage.


Bila Qeisha dah balik ke Shah Alam semula.... kami akan rindu dengan gelak tawanya... ruang tamu bawah akan kosong dan sunyi.




3 - 2

Semalam hubby went to bed as early as 10pm... tidur cepat sebab nak bangun tengok bola.

Aku pulak main remote tukar channel... nasib baik ada CSI layanlah last episod of this season...best jugak CSI semalam... tengok 712, tengok 411 dah dekat pukul 12pm baru aku lelap.

Bunyi jam 2.45 pagi... hubby tak bangun pun...punyalah tidur awal tapi susah jugak bangun. Aku yang tidur pukul 12pm ni yang bangun. Bila aku bangun buka TV hubby pun bangun sama join aku tengok bola.

Best game pagi tadi... bagus Turki main masa first half... aku impressed dengan Turki... si Sabri tu pun nampak cute aje... gol yang dia sumbat pun cantik.

Yang lecehnya transmission problem masa 2nd half.... melepas nak tengok gol ke-2 Jerman dan dibalas oleh gol ke 2 Turki... hebat Turki ni melawan Jerman... jangan underestimate underdog.

Then di minit 89.35... Lahm sepak bola masuk gol... fuhhh boleh lagi tu dah nak habis masa sumbat gol... ha..ha.. dengan Jerman lead 3 -2... maka aku boleh sambung tidur cepat... ingatkan extra time.

Aku suka Jerman... aku suka tengok Joachim Leow, coach yang macho nampak muda walaupun umur dah 48 tahun... aku suka tengok dia pakai shirt putih tu... eh apa yang aku suka ni takde kena mengena dengan game Jerman... abih dah players Jerman seme tak hensem baikle aku suka coach. Dulu aku suka Ballack tapi pagi tadi muka dia kurang tertayang di kaca TV.

Aku bukan kaki bola... muka bola pun tidak... minat bola pun tidak... aku cuma suka tengok good games... aku tengok World Cup, FA dan semestinya Euro. Aku takde favorite team memang tak pandai pun nak menilai permainan team... aku cuma suka tengok satu perlawanan bola yang bagus itu aje.

Pagi esok aku nak tengok Rusia lawan Sepanyal... Rusia ni team dia semua muda-muda.... mesti main habis-habisan punya... aku jangkakan satu permainan yang bagus jugak dari Rusia dan Sepanyol.

Balik kerja nanti aku nak beli kuaci dan kacang... manalah tahu ada extra time...jenuh aku nak bukak mata selama 120 min.

RM625

Hari Sabtu lepas, aku masuk pejabat pos di Alamanda... aku ambil no dan mintak borang rebet.

Aku isi borang rebet tu... tak susah lagi susah isi borang TT hantar duit bibik ke Indon... baru je aku selesai tulis no KPT.. ting-ting no aku dipanggil.... wah ini sudah bagus. Aku terus ke kaunter bagi KPT sambil aku mengisi borang rebet aku.

Lepas tu aku tengok kerani kaunter tu tulis 625... suruh aku cop jari kiri...

RM625 diserahkan and voila I now am richer by RM625 in less than 5 min.

Aku fikir kenapa lah dalam paper ada mereka yang sanggup beratur panjang sebelum pintu pejabat pos bukak dan berebut-rebut untuk dapatkan rebet tu... kalau aku memang tak sanggup tengok orang beratur macam dalam paper.

Bila aku bagitahu hubby... dia pun terkejut kerana proses mendapatkan rebet yang cepat dan senang.

"senang je... tak payah beratur panjang pun"

"orang lain dah semua dah ambik tu"

"kenapa tak nak tunggu...sanggup beratur panjang...lama pulak tu... bukan banyak pun RM625 bukan boleh tahan sebulan pun"

"bagi mereka yang perlukan duit RM625 tu besar nilainya... mungkin mereka nak pakai duit ke apa... kalau kita dah kering duitpun nilai RM625 tu cukup besar... boleh bagi makan anak bini 2 minggu tuh"

Aku terdiam... rasa tersentuh, betul cakap hubby bagi yang perlu duit... nilai RM625 tu sangat besar dan mereka sanggup beratur panjang untuk mengambilnya.

Oh ya, now that I am richer by RM625... apa plan aku untuk menghabiskannya... ha..ha... hubby geram aje sebab dia tak layak... dia pun beratur jugak lepas itu diberitahu

"kereta encik tak layak"

aku gelakkan hubby yang dah berangan nak dapatkan RM200.

Plan 1.

Aku nak beli Sijil Simpanan Premium mana tahu boleh menang Mercedes.

"selama you dok beli SSP... I rasa sebatang pen pun tak dapat" hubby perli aku


Plan 2.

Beli baju baru untuk kerja. Hubby dah banyak kali tegur wordrobe aku

"issh nak pakai lagi ke baju dulu-dulu tuh, orang dah tak pakai dah...kerja ada gaji belilah baju yang elok sikit"

"ok lagi apa... boleh pakai sekali-sekala... bukan orang tengok pun"

"iye lah nanti semua staff you cakap baju apalah you pakai"

Macamlah banyak sangat kain baju yang dapat aku beli dengan duit RM625... takpe esok Ahad aku ajak hubby pergi pilih baju kerja aku kat Jakel... mau menjerit hubby dengar Jakel tu.

Plan Tak Rancang 3.

Malam kami pergi buat groceries kat Econsave Balakong.... punyalah jauh just nak beli groceries.... kan aku dah cakap aku kalau masuk Carrefour Alamanda boleh muntah... so ada la excuse nak ke tempat lain... sebenarnya aku gunakan alasan nak beli kain sekolah kakak... beria-ia aku cakap ada kat Econsave... tapi nan ado....


Keluar Econsave aku dipengaruhi oleh budak jual Maxis Broadband... bayar RM1oo dah bolah ambik benda kecik bulat yang ada gambar kulit harimau bintang tu... Maxis Goes Wild.

Rumah aku ada PC tapi takde line internet... memang sengaja tidak dipasang untuk menggelakkan kakak menjadi kaki games kat PC. Cukuplah dia jadi hantu Chanel 715 Animax yang telah menjejaskan pelajarannya.

Entah apa budak cina tu telah menggoreng aku ataupun sebab aku rasa aku ada duit lebih sebanyak RM625... gatal aje tangan aku membayar RM100 dan Maxis Goes Wild ku bawa balik.

Pasang kat rumah.... ya ampun lembabnya yang amat sangat... aku cuba check email sampai sudah tak keluar or mungkin sebab PC aku ni berat dengan virus kut. Hubby kata kena reboot dulu... saper le nak reboot PC aku ni.


Plan 4.

Aku masuk tengok barang kat Seng Heng... aduss baru duit lebih RM 525.


Aku nak beli microwave... hubby cakap

"dah lama tak pakai microwave tak de masalah pun"

"eh nanti bulan puasa senang nak panaskan lauk"

"lama lagi nak puasa"

"ala I nak beli yang biasa je...just to reheat ajer... tak mahal dalam RM300-400 jer"

"you ni pantang ada duit"

Aku minat yang all in one tu yang seribu lebih... boleh grill, steam, bake and segala macam tu...

"berapa kali you nak buat kek?... nak makan kek baik beli je la"

Aku diam ajer sebab microwave lama aku yang kong tu pun convection ada fungsi grill and oven for baking tapi sudahnya bibik guna untuk reheat ajer. Akhirnya aku pun pilih brand Samsung yg 34L for RM340.00... yang simple aje... aku rasa hanya boleh reheat aje kut... ok la tuh.

Bibik pulak yang terlebih happy bila aku beli microwave...

"oh saya sudah tak payah panaskan lauk pakai kuali... susah"

"amboii kamu pulak yang suka... pandai ke nak guna"

"kan dah pernah guna... yang ni tak pandai lagi... nanti kakak ajar saya pandaila"

Plan Tak Rancang 5.

Masuk Ikea laju je aku beli lampu tidur kakak konon nak ganti lampu tidur kakak yang dah pecah.

Aku bekas kaca untuk letak bola kristal yang rendam air... aku rasa cantik pulak tengok bebola beraneka warna tu... dulu aku tak rasa bebola kristal tu cantik.

Aku beli pot pourri... selama ini tak pernah aku beli pot pourri... duit lebih kut

Aku beli benda-benda kecik untuk dapur...


RM625 in less than 2 days... seronok belanja duit free ni..

balik rumah hubby cakap

"... duit tu kerajaan bagi subsidi isi minyak RM 50 sebulan.. RM625 tu untuk setahun"

"nanti I isi la RM50... takpe lepas tu you isi pulak"

Hubby tahu aku memang tak isi minyak kereta... aku isi kalau terdesak aje kalau dah naik lampu...

Oh ya aku ada belen RM185... apa aku nak beli ni... macamanalah perempuan kaya yang terlebih duit ribu-riban... agaknya fikiran mereka penuh dengan perancangan bershopping aje... sedangkan aku ada lebih RM625 pun dah seronok.. ha..ha..

Aku belanja hubby makan asam laksa la...kesihan dia tak dapat duit rebet.

Pasar dan Alamanda

Aku tak suka pergi pasar basah... kalau aku pergi pun aku akan berlegar-legar kat kawasan buah dan sayur... eksyenkan aku ni ha..ha..... tapi memang aku tak gemar nak pergi ke tempat ikan dan ayam yang selalunya berair dan agak kotor. Jadinya hubby aku yang akan ke pasar basah.

Pagi Sabtu lepas subuh hubby bersiap dan pergi pasar basah dan aku naik katil tarik blanket sambung mimpi ... mak aku kata mimpi lepas subuh semua mimpi merapu.

Hubby akan beli lauk untuk seminggu, balik pasar hubby akan pack segala ikan, udang dan sotong cukup untuk sekali masak atau goreng dan susun dalam fridge, tapi kalau dia malas dia suruh bibik buat... bila aku nak masak senang ambik je pack terus masak kari atau goreng...

SO di mana aku pada pagi Sabtu?

Aku boleh dilihat meronda Alamanda mengukur keluasan dari hujung ke hujung... itu aktiviti hari Sabtu aku.

Anak aku ada kelas piano di Alamanda dan aku adalah drebar dan juruiring tetap mereka... jadi aku memang akan ada di Alamanda setiap Sabtu antara 11 pagi hingga 1 petang.

Kadang-kadang bila jumpa kawan, mereka tanya aku mana hubby, aku jawab hubby pergi pasar beli ikan.... agaknya apa yang mereka fikirkan... husband pergi pasar isteri meronda Alamanda... ha.. ha.. biarlah bukan salah apa pun.

Sebab itu kalau nak bawak anak-anak keluar aku mintak hubby bawak kami ke tempat lain... tapi hubby kalau ajak keluar je nak pergi Alamanda... sampai aku cakap kat hubby

"nanti I muntah"

"takpe nanti bawak bag plastik senang kalau nak muntah"

boleh gitu.

Hubby memang susah kalau nak ajak ke shopping komplek di luar radius Putrajaya... itulah sebabnya dari tahun 2006 hingga sekarang aku tak pernah ke 1 Utama, Berjaya Times Square dan lain-lain tempat gempaq yang kawan-kawan aku cakap.

Minggu lepas aku pergi Ikea dan The Curve... itupun sebab kami menziarah kawan di Kota Damansara.

Aku sampai peghak dengan keadaan The Curve yang amat happening di waktu malam...

Marah

Rumah aku memang havoc pagi Sabtu... aku tak boleh nak sleep in lama-lama... aku kena jadi drebar anak-anak aku.

Aku akan prepare breakfast untuk anak-anak, make sure they eat their breakfast and the most difficult part is te get them ready for their piano class... anak-anak in their weekend mood will malas-malas tengok tv... main dan buat segala benda except bersiap. Aku pun sama bermalas over breakfast reading papers and baca majalah... bila dah pukul 10 pagi mulalah siren aku keluar....

Aku nak masak spaghetti as requested by kakak... biasalah aku mana tahu kat mana spaghetti tu so aku jerit kat bibik tanyakan mana dia simpan spaghetti... bibik turun nak cakap dia simpan kat dlm fridge... aik simpan spaghetti dalam fridge patut aku cari tak jumpa.

Masa tu bibik tinggalkan Inas dalam bilik air... and suddenly Inas buat hal... dia merajuk lepas tu menangis cakap bibik tinggalkan dia.. aku cakaple elok-elok suruh dia mandi... tak jalan... aku bagi warning light-light... tak jalan... lepas tu...

Aku pun pasang siren dan mulalah aku pot pet... aku memang pantang kalau anak aku mengada yang tak boleh diterima... berdas-das aku pot-pet... dalam esak tangis tu Inas mandi dan bersiap. Aku memang tak kasi can aku diam aje sepanjang jalan... kakak dan Izz pun aku tengok kecut perut dengan aku.... aku jarang marah... bila aku marah memang berapi-api.

Aku cakap kat cikgu piano yang Inas is not in good mood. Habis piano dia still distance ari aku... biarlah walaupun hati aku tersentuh jugak tapi memikirkan I need to teach her a lesson aku keraskan hati.

Later after lunch... agaknya dah kenyang sambil mereka bergurau... mereka cium-cium pipi aku.. Inas pun cium sama agaknya dia dah lupa yang dia sentapp dengan aku tadi.

Kat rumah when all setlled aku panggil anak-anak aku dan cakap

"mummy tak suka anak-anak mummy asyik nangis... tak suka nak manja-manja.. sikit-sikit nak nangis"

"kalau tak sakit tak berdarah tak payah nak nangis... buat tak tahu aje bukan nak jadi apa pun kalau tak nangis"

Inas tanya

"mummy anak mummy saper yang paling manja"

aiyoo aku tak terjawab... agaknya dia nak aku confirmkan siapa yang lebih manja... Inas tengok aku diam dia tolong jawab

"Izz kan yang paling manja"

"aha Inas tak manja sangat kan... tapi pagi tadi kenapa Inas nangis sebab nak mandi... lepas ni Inas tak nak buat macam tu lagi kan"

"Iye"

Aku harap anak-anak aku boleh faham kenapa aku tak suka mereka merengek tak tentu hala, tak suka bila mereka mengada-gada semacam... rimas aku... kalau aku rimas orang lain pun mesti rimas dan aku tak nak orang lain rimas dengan mereka.

Jimat Minyak

Aku tak tahu nak bagi title apa... aku sebenarnya sekadar mencatat rasa hati tanpa spesifik sebab itu susah jugak nak bagi title kalau sekadar catatan ringkas untuk mengingatkan aku sesuatu perkara.

Mulai semalam... aku dengan rasminya dah stop langkah penjimatan aku yang tak signifikan itu... aku dah tak merenung speedmeter lagi masa driving... oh yes terasa begitu free driving tanpa perlu fikir tentang speed limit... kalau perlu slow aku slow, kalau rasa boleh tekan minyak aku tekanlah... yang penting safe driving. Nampaknya penjimatan aku tak nampak hasil... jangankan nak beli cendol nak beli air sirap pun tak lepas.

Aku dah stop langkah penjimatan sebab hubby bawak kereta putih aku pergi kerja... mana aci kan aku bawak pelan untuk save minyak dia pecut semacam jugak... kalau aku cakap kat hubby pun takde makna sebab minyak kereta dia yang isi.

Words of wisdom

"If you can stand than you endure but you must be firm... strategy

If you decide to stay than you must respect 'datuk' because 'datuk' is much older than you... learn to shut my mouth

If you feel you have had enough than you do what need to be done... ask for transfer

If 'datuk' doesnt want you than why should you stay... by all mean have some else to fill in, I am more than happy

If 'datuk' has someone else than it is ok... oh yes, no hard feeling

After all no one can tarik balik what have been given to you... Alhamdulillah

words of wisdom from my immediate boss who always believe in me, thanks... my mentor.

stressfree driving

Pagi ini hubby bawak kereta putih aku, dia ada meeting di kompleks J*M, kereta aku ada sticker J*M, kereta hubby memang takde apa-apa sticker pun kecuali roadtax... so aku kena bawak kereta hitam hubby ke pejabat.

Aku mula-mula bawak dengan sopan santun sekali speed below 80km/h ... lepas je simpang depan rumah maka aku pun tekan minyak... best pulak tekan minyak ni... aku tekan lagi ... apalagi speedmeter pun naikle.

Fuhhh lega...puas betul aku drive kereta pagi ini... aku agak mungkin esok aku akan drive macam pagi ini lagi.. lagipun berapa hengget sangatle yang aku boleh jimat kalau bawak below 80km/h... tak lepas nak beli cendol pun.


Aku akan pecahkecilkan kereta aku ni.... aku akan pakai kereta yang lebih menjimatkan minyakkan... masih menunggu hubby cepatkan proses keluarkan kereta aku tu... dah 2 bulan dah aku tunggu.... aku dah teruja nak bawak kereta baru aku tu... banyak jugak penjimatan duit minyak dengan kereta baru tu.

Alhamdulillah... berita baik

Tiba-tiba hubby call

"dah dapat berita baik"

"berita baik apa? my confirmation ke? belum lagi"

"you dah dapat xxx"

"iye ke? saper cakap"

"xyz cakap.. I pun tak caya sebab you tak cakap apapun masa lunch tadi"

"I pun tak tahu... ini baru you cakap"

Hubby cakap dia kecil hati kalau aku dah tahu tapi tak cakap kat dia... hubby ni sensitif la pulak... selama ini manalah pernah aku simpan rahsia... aku ni jenis share everything baik ataupun buruk.

Hubby pun berpesan macam-macam pada aku... aku sebenarnya happy dalam tak happy dengan berita gembira ini... tapi takut pun ada sebab 'big boss garang tak henget' tu setuju tak menerima aku.

"alah macamana pun you kena marah jugak"

"tapi sekarang magnitidue kemarahan lagi besar, expectation lagi tinggi la"


Itulah sebenarnya yang menyebabkan aku berdebar dengan berita gembira ini, samada my 'big boss garang tak hengat' boleh menerima aku.... hanya waktu yang menentukannya.

Dalam pada itu aku panjatkan rasa syukur kepada Allah atas limpah rahmat dan rezekiNya kepada aku.

Cuba Berjimat

Harga minyak naik... harga semua barang lain ikut naik, takut tengok kenaikan harga barang.

Semua bercakap nak jimatkan penggunaan minyak kereta. Ada yang suggest naik beskal aje ke pejabat... jimat banyak... ada yang suggest beli i-charge pasang di kereta untuk jimatkan minyak.

Macamana agaknya aku naik beskal dengan kain kurung yang berterbangan dan bila aku park beskal di parking kereta... aku akan tiba sebagai wanita paling 'anggun' dengan rambut overblown dan muka berminyak... mana sempat nak touch up kalau naik beskal ... dengan cuaca tak menentu aku mungkin terpaksa berhenti every 10 min disebabkan panas atau hujan...


Aku tak boleh nak agree dengan cadangan naik beskal oleh kawan-kawan, bukan aku tak sokong tapi sebab aku tak reti naik beskal... so aku terpaksalah naik kereta yang selesa dengan aircond, dan yang pentingnya aku boleh touch up muka dan rambut aku masa aku berhenti di lampu merah.

Walaupun begitu, aku juga telah cuba untuk berjimat, dan aku pilin cara penjimatkan yang paling tak signifikan ialah aku bawa kereta pada kelajuan 80km/h sahaja... bayangkan betapa tak logika membawa kereta di jalanraya sekitar Cyberjaya yang lurus, luas dan kurang kereta... aku stress... ye aku stress sebab mata aku tak lepas dari speedmeter nak make sure speed is 80km/h tapi untuk 15 min driving time masih lagi ok... aku ikut cara USA di zaman mereka menghadapi krisis minyak... dan dari apa yang aku baca cara ini berjaya.... tapi untuk jangka pendek aku mungkin dapat jimatkan 2,3 hengget jer kot...nak beli cendol 2 mangkuk untuk belanja hubby pun tak lepasss.

Nota:

Aku balik lewat semalam, masuk rumah hubby cakap kena buat groceries... dan kena naik kereta aku yang dah ada di luar... aku ada cakap dengan hubby sekarang aku bawak kereta 80km/h ajer... aku cakap ok je bawak slow bukan nak rushing ke mana...

Bila lepas simpang rumah aku.....desubbbb hubby tekan minyak.... aiyoooo habislah minyak yang aku dah jimatkan.... sungguh tak supportive


Happy 60th Birthday to Mak

Mak sudah melangkah ke umur 60 tahun hari ini... sebenarnya aku tak pernah bayangkan kalau mak dah umur 60 tahun kerana aku rasa 60 tahun tu terlalu tua, tapi hari ini bila aku tengok mak yang dah tiba ke usia 60 tahun aku rasa biasa aje... macam aku melihat muka mak di usianya sebelum ini.

Mak baru selesai buat MRI utk slip disc... 2,3 tahun kebelakangan ini mak ada masalah sakit lutut yang membataskan pergerakannya... awal tahun ini mak menjalani rawatan pakar dan nampaknya mak sudah dapat berjalan dengan baik... aku dan adik-adik dah bawa mak berjalan dari Sogo ke kedai kain Jakel dan mak kata dia tak sakit dengan perjalanan yang agak jauh itu.

Mak ada di rumah aku, aku seronok melihat mak melayan cucu-cucunya... aku harap mak akan terus dapat melayan anak-anak dan cucu-cucunya untuk tempoh yang lebih lama lagi... aku tak dapat bayangkan jika mak dijemput lebih awal olehNya... semoga Allah panjangkan umur mak.

Bila malam anak-anak aku akan heret tilam dan bantal untuk tidur dengan mak di biliknya di bawah... semenjak mak sakit kaki dia tak pernah naik tangga untuk ke tingkat atas rumah aku. Anak aku akan mandi bilik air bawah walaupun takde air panas... rasanya anak-anak aku jarang naik ke atas kalau mak aku ada... semuanya meleseh kat mak...
aku pun sama meleseh dekat mak bercerita macam-macam, kadang-kadang dah tengah malam baru aku naik bilik leka bersembang dengan mak.

Mak aku ni penyayang orangnya, cucu-cucunya manja semacam dengan dia, kalau dia ada maka rumah aku akan tenang sebab mak aku tak bagi aku tinggikan suara kat anak-anak... kalau aku bising nanti mata mak mulalah bergenang...

Muka aku dan mak seiras walaupun aku tak secerah kulit mak...

Beza aku dan mak adalah penampilan.


Mak seorang yang kemas, sentiasa memakai baju kurung, semasa muda mak akan memakai baju kurung sepasang dalam rumah, sekarang mak pakai baju kurung dengan kain batik aje.

Aku pulak selagi badan tak melekit tak mandila... kalau mandi pun pakai t-shirt buruk-buruk aje... bukan nak pergi mana pun.

Mak sentiasa dengan bedak dan rambut bersikat rapi, aku pulak selagi tak keluar naik kereta tak sapu bedak, rambut asal ikat getah aje.

Persamaan aku dengan mak adalah kesukaan.

Aku dan mak suka makan... kami suka cuba pelbagai makanan... kalau aku jumpa makanan baru yang sedap aku mesti teringatkan mak dan aku mesti akan belikan sedikit untuk mak.

Selalunya pada hari jadi mak, sebagai hadiah, aku akan bawa adik-beradik aku dan famili makan-makan di hotel, mak paling suka hi-tea di hotel sebab banyak pilihan desserts tapi tahun ini mak dah pesan dia tak nak makan kat luar lagi... takpe lah aku masak je la untuk mak.


Aku dan mak suka warna terang untuk baju... senang nak pilih kain untuk mak.. carilah yang warna merah, hijau ataupun kuning mesti mak suka.

Aku dan mak cepat menangis... benda-benda kecik pun senang menitiskan air mata. Kami berdua ni penydiah orangnya.

Dan yang paling ketara ialah aku dan mak tak ada anak lelaki... mak bernasib baik mempunyai menantu lelaki yang baik... Insya Allah aku juga berdoa dikurniakan menantu lelaki yang baik.

Selamat mencapai usia 60 tahun mak... Ma sayang mak.