Showing posts with label mak. Show all posts
Showing posts with label mak. Show all posts

mak bimbang

mak datang minggu lepas.... eta bawak mak bercuti ke cameron highlands sempena tahun baru china... mak suka berjalan... aku dah janji nak bawak mak ke langkawi tapi masih janji tinggal janji... bila agaknya aku akan dapat bawak mak ke langkawi.

iman, inas dan izz happy bila mama dia datang...

iman dan inas berlari ke pintu memeluk mama mereka

dan aku tergelak bila izz mengur mamanya

"hi mama!!!" amboi boleh hi hi lagi sambil makan di meja

bila malam, iman dan inas akan bentang tilam dan bersempit-sempit tidur dalam bilik mama... sanggup tu tidur atas tilam nipis tanpa aircond

"biarla they all merasa tidur dengan tok nenek nanti dah besar tak nak dah tidur sama" kata hubby bila aku cakap bilik tetamu tu sempit bila mereka tidur.

bila mak ada aku memeang tak lepas peluang sembang habis-habisan dengan mak

"nanti tak payah beli barang baby lagi.... tunggu lepas beranak pun takpe" kata mak

"ala susahla lepas beranak...nak beli tapi tunggu dah nak beranak sangat nanti" aku balas eh mana boleh aku tak shopping barang baby kan...

"mak tak berani cakap kat orang lagi takut nanti gugur lagi... jangan lebih-lebih pulak kalau tak jadi lagi kali ni macamana" mak macam risau je tak nak sembang pasal babay

"doktor cakap ok je takde apa-apa" kata aku

"mama doktor kata baby dalam perut mummy baby boy tapi kena pegi check lagi bulan depan nak confirm betulke boy..." kakak happy je bagitahu mama dia

"eh mana kakak tahu" mak memang cukup berhati-hati cakap pasal benda yang tidak pasti

"doktor kata nampak macam boy tapi doktor tak berani nak confirm lagi takut yang nampak tu tali pusat je" aku bagitahu mak

"kalau dapat adik lelaki bestla kan kakak" mata mak dah mula merah.... mak tak ada anak lelaki, dan mak mesti suka kalau ditakdirkan aku dapat anak lelaki kali ini.

"nanti aqiqah buat kat kampung, mak beli lah kambing" aku cakap hubby dah setuju suruh buat aqiqah baby nanti kat kampung aku lebih meriah.

"isshhh nanti dah beranak la baru cari kambing... beranak dulu nanti baru nak suruh pak ngah cari kambing" kata mak

mak masih lagi risau pasal aku...




Happy 60th Birthday to Mak

Mak sudah melangkah ke umur 60 tahun hari ini... sebenarnya aku tak pernah bayangkan kalau mak dah umur 60 tahun kerana aku rasa 60 tahun tu terlalu tua, tapi hari ini bila aku tengok mak yang dah tiba ke usia 60 tahun aku rasa biasa aje... macam aku melihat muka mak di usianya sebelum ini.

Mak baru selesai buat MRI utk slip disc... 2,3 tahun kebelakangan ini mak ada masalah sakit lutut yang membataskan pergerakannya... awal tahun ini mak menjalani rawatan pakar dan nampaknya mak sudah dapat berjalan dengan baik... aku dan adik-adik dah bawa mak berjalan dari Sogo ke kedai kain Jakel dan mak kata dia tak sakit dengan perjalanan yang agak jauh itu.

Mak ada di rumah aku, aku seronok melihat mak melayan cucu-cucunya... aku harap mak akan terus dapat melayan anak-anak dan cucu-cucunya untuk tempoh yang lebih lama lagi... aku tak dapat bayangkan jika mak dijemput lebih awal olehNya... semoga Allah panjangkan umur mak.

Bila malam anak-anak aku akan heret tilam dan bantal untuk tidur dengan mak di biliknya di bawah... semenjak mak sakit kaki dia tak pernah naik tangga untuk ke tingkat atas rumah aku. Anak aku akan mandi bilik air bawah walaupun takde air panas... rasanya anak-anak aku jarang naik ke atas kalau mak aku ada... semuanya meleseh kat mak...
aku pun sama meleseh dekat mak bercerita macam-macam, kadang-kadang dah tengah malam baru aku naik bilik leka bersembang dengan mak.

Mak aku ni penyayang orangnya, cucu-cucunya manja semacam dengan dia, kalau dia ada maka rumah aku akan tenang sebab mak aku tak bagi aku tinggikan suara kat anak-anak... kalau aku bising nanti mata mak mulalah bergenang...

Muka aku dan mak seiras walaupun aku tak secerah kulit mak...

Beza aku dan mak adalah penampilan.


Mak seorang yang kemas, sentiasa memakai baju kurung, semasa muda mak akan memakai baju kurung sepasang dalam rumah, sekarang mak pakai baju kurung dengan kain batik aje.

Aku pulak selagi badan tak melekit tak mandila... kalau mandi pun pakai t-shirt buruk-buruk aje... bukan nak pergi mana pun.

Mak sentiasa dengan bedak dan rambut bersikat rapi, aku pulak selagi tak keluar naik kereta tak sapu bedak, rambut asal ikat getah aje.

Persamaan aku dengan mak adalah kesukaan.

Aku dan mak suka makan... kami suka cuba pelbagai makanan... kalau aku jumpa makanan baru yang sedap aku mesti teringatkan mak dan aku mesti akan belikan sedikit untuk mak.

Selalunya pada hari jadi mak, sebagai hadiah, aku akan bawa adik-beradik aku dan famili makan-makan di hotel, mak paling suka hi-tea di hotel sebab banyak pilihan desserts tapi tahun ini mak dah pesan dia tak nak makan kat luar lagi... takpe lah aku masak je la untuk mak.


Aku dan mak suka warna terang untuk baju... senang nak pilih kain untuk mak.. carilah yang warna merah, hijau ataupun kuning mesti mak suka.

Aku dan mak cepat menangis... benda-benda kecik pun senang menitiskan air mata. Kami berdua ni penydiah orangnya.

Dan yang paling ketara ialah aku dan mak tak ada anak lelaki... mak bernasib baik mempunyai menantu lelaki yang baik... Insya Allah aku juga berdoa dikurniakan menantu lelaki yang baik.

Selamat mencapai usia 60 tahun mak... Ma sayang mak.

Selamat Hari Ibu

I know Mother's Day is just around the corner, when:

kakak: "mummy Hari Ibu berapa haribulan?"

aku: "
bulan Mei, haribulan tanya cikgu nanti cikgu bagitahu" saja tak bagitahu konon surprise sikit.

kakak: "
alaa cakapla berapa haribulan nak kumpul duit nak beli present "

hmmmm sungguh tak surprise...

kat kalender dah ada satu bulatan besar

kakak: "
mummy.. kakak dah tanda Hari Ibu 11 Mei kat kalender"

Pagi tadi:

kakak: "mummy nak bawak duit lebih... nak beli bunga dan kad kat sekolah, hari Isnin cikgu bagi"

memang tak surprise, makanya hari Isnin depan aku akan dapat 3 kuntum bunga ros plastik warna merah dan 3 keping kad... bila membaca kad ucapan yang dibuat sendiri oleh mereka sambil merenung wajah-wajah comel mereka aku akan rasa amat gembira.

Syukur Alhamdulillah... aku diberikan rezeki mempunyai anak-anak untuk merayakan Hari Ibu ini... Insya Allah aku akan sentiasa berdoa agar aku dapat menjadi ibu yang sebaiknya.

Aku jadikan mak sebagai idolaku dalam mendidik anak.

Mak masih tegur dan bebel aku walaupun aku dah nak masuk 40 tahun, mak masih belum puas mendidik kepada kami adik-beradik.

Mak sentiasa risau dengan kesihatan kami adik-beradik... janganlah aku mengadu sakit mesti mak risau sekarang kalau aku sakit aku tak bagitahu mak, masa berpantang mak jaga aku lebih dari aku jaga diri sendiri...

Mak sentiasa jadi kawan aku... aku dan adik-adik boleh sembang dengan mak berjam-jam... mak layan je semua topik... dari kecik mak ajar aku dan adik-adik bercerita dengan mak... aku rasa semua benda aku cerita kat mak.. sepupu-sepupu aku pun suka bercerita dengan mak... mak macam kaunselor sebab karektor mak yang lembut dan suka mendengar...

Mak masih mengingatkan aku dan adik-adik pasal solat... mungkin mak tengok cara aku kerja yang sentiasa sibuk agaknya mak bimbang aku tak menjaga solat... aku kena cakap dengan mak aku solat kat sini, solat kat situ macam aku umur 15 tahun.... jangan risaulah mak... Insya Allah anak mak ni ok.

Yang bestnya, sekarang mak ada di sini
... bolehlah celebrate Hari Ibu dengan mak... kalau bawak mak makan memang seronok sebab mak suka makan...

Selamat Hari Ibu untuk mak, mak Kedah dan semua ibu-ibu.