when you feel love

it brings tears in your eyes.. and

it happened

when I was looking into his eyes

betapa cantiknya kedua-dua mata

memandang lembut kepadaku

penuh suci

dan aku pun tanpa sedar

menitiskan air mata

indah sungguh kasih sayang kurniaan tuhan

dan aku sesungguhnya amat bersyukur dengan anugerah ini

untuk Muhammad.... mummy sayang Muhammad

perasaan I

sudah lama perasaan aku terganggu

terbayang-bayang di mata saat aku menyusukan muhammad kali pertama di labour room... bagi aku itu saat paling indah dan akan aku ingat sampai bila-bila

sayangnya saat indah itu terlalu cepat berakhir

dan aku telah kehilangan saat indah itu seawal muhammad berusia 4 hari...

sejak itu perasaan aku terganggu

muhammad@demam selsema

apa yang aku risau-risaukan jadi juga, muhammad tiba-tiba panas badan, hidung berair dan batuk-batuk...

memang aku risau sebab... dah lama tak jaga baby sakit... very delicate affair

"tidur malam akan terganggu... aku dah lama tidur lena...dah terlalu lama tidak terganggu tidur malam..."

"kalau muhammad demam teruk... nak kena cuti... dalam keadaan kerja aku yang unik ini...adoii la cuti tu sesuatu yang aku elakkan melainkan terpaksa..."

Alhamdulillah, muhammad is a fighter, demamnya turun naik turun naik dan hilang begitu saja... not a good mother la

walaupun demam muhammad dah reda...hidungnya masih berair dan batuknya masih ada

mula aku terfikir... what if it affects the lung, what if this, what if that and finally it lead to the pead's visit...

seperti yang dijangka seperti selalu selepas bayar RM...demam anak mesti baik...Alhamdulillah

New Home - II



kotak-kotak fitting bilik air... ok jugak developer ni pakai brand Rubine...



mini taman sebelah rumah.... akan buka itu pagar buat pintu... anak-anak boleh direct access to the mini taman...



Jalan Sari Ilmia 1/3....



No. 74, Jalan Sari Ilmia 1/3, 43000 Kajang, Selangor

lepas ni kami tidak lagi menjadi sebahagian daripada Wilayah Persekutuan tak dapat la anak-anak nak cuti 1 Februari...

It's Friday

It 's Friday again.... esok agenda Jalan-jalan Cari Makan Open House kembali lagiiii

'raya ni kena pegi open house... Iman, Inas dan Izz kena ikut'

'ala kenapa kena ikut?'

'iye la nanti kawan2 ingat mummy takde anak2

'ala duk rumah tengok tv lagi best'

'ha beli baju raya banyak2 bila nak pakai, kalau nak duk rumah je tak yah beli baju raya'



'

New Home

Our dream new home... in Alam Sari, Bangi

dah ada pokok....

3 puteri depan rumah

Semalam dapat surat dari I & P.... our new home is ready, serah kunci pada 17 Okt ni.... Alhamdulillah.

Dalam kepala mulalah dengan segala idea dan DREAMs untuk mencantikkan rumah... aku sangat happy sebab inilah kali pertama nak duduk rumah sendiri.... after 12 years with 4 kids... finally we are moving to our OWN HOME...yeahhhhhhhhhhh

Aku adalah sangat GEMBIRA:

boleh cat dinding rumah kaler-kaler... hijau, biru

boleh buat kitchen cabinet... my dream white kitchen

itu je la.... selama ini aku duduk kuarters so aku dah jemu tengok dinding putih... jemu tengok tiles yang kusam dan menyebabkan rumah aku nampak tak cantik... wah salahkan tiles sebelum salahgkan ketidakpandaian tuan rumah menhias rumah....







imbasan

'the final day'

5 Julai 2009... balik dari majlis pertunangan sepupu Kedah


'the troop'

6 Julai, anak-anak dan mama di lobi sementara aku dan hubby uruskan pendaftaran masuk wad


'the room'

we checked into Wad 6H - 11


'the waiting and the pain'

I was induced at 10.50 am... Inas dan Izz took turn temankan mommy kat katil


'the arrival'

muhammad made his grand entrance at 2.54 pm

'the first look that melted my heart'

muhammad @ 3.1kg


at the beginning 3 puteri, Syukur

and now 3 puteri + 1 putera, Alhamdulillah

'the smiles'

'the doctor'
thanks to Dr Seri Suniza


'the proud old parents'

finally.... the prince of the day

4 hari lagi baby muhammad akan berumur 3 bulan.... terasa cepat masa berlalu...

week 34

Jumaat 29th Mei 2009...

Aku ada appointment check-up... selalunya check-up hari Sabtu... kami pilih PCMC pun sebab Dr. Seri boleh accommodate my check-up on Saturday... kami seboleh-bolehnya tak nak kacau time office... so far Alhamdulillah memang aku tak pernah ambil time-out or leave or even MC untuk check-up.

Tapi sebab aku kena buat blood test... terpaksalah datang hari Jumaat... blood test at 9.00 am dan check-up at 4.00 pm.

Hubby memang tak boleh temankan aku.... so aku pun call Linie.

"Linie, you free tak, datang ambik I for lunch"

"ok tapi after 12 pm sbb my maid habis cuci rumah pukul 12pm"

"ok... I pun habis test pukul 11.00 pagi..."

Sebab hubby sibuk dan aku seperti biasa amat malas nak drive so hubby dah hantar aku pukul 7.40 pagi.... pagi giler tu

Bila aku sampai alamak sunyi sepi... pergi kat registration kaunter takde orang... nasib baik ada papers... habis semua paper aku baca... barulah datang misi..

"Puan... awalnya... kami buka pukul 9.00 pagi..."

"Takpe memang saya awal..."

Pukul 9.00 pagi... misi panggil aku untuk normal rutin plus ambik darah... dia bagi air glukos yang amat manis untuk diminum dan darah akan diambil lepas 2 jam.

Pagi Jumaat memang tak ramai patients... misi kata doktor buka klinik petang... pagi ada 2 doktor aje...

Aku duduk sorang2 je kat waiting lounge... tengok Astro dan baca majalah... adusss boringnya nak tunggu 2 jam... dah le perut lapar sebab kena puasa.

Tepat pukul 11.00 pagi, misi terus panggil aku untuk ambik darah... agaknya dia kesian kut tengok aku duduk melangut keboringan...

Lepas ambik darah... aku pun turun ke cafe untuk makan.... alamak cafe pun sunyi je... tak jadi aku nak masuk.... aku pegi kiosk yang ada beli Nescafe segera dan Anjung Seri... aku lepak kat lobi sambil tunggu Linie.

Kami pergi lunch kat Pavillion... beli donut JCo dan makan nasi padang.

Sebab Linie tak pernah datang Pavillion... aku pun baru kali ke dua ke Pavillion jadi kami pun pusing-pusing Pavillion... tempat shopping orang kaya... memang exclusive.

2 preggies mommies membawa perut window shopping kat Pavillion... tengok barang baby... sembang pasal baby... kami tak beli apa pun... dah tua kut nafsu nak membeli pun dah takde...ha..haa

Sibuk sangat menawaf kedai... tak sedar dah dekat pukul 4.00 pm... apa lagi kelam kabut turun ke parking... kami tak jumpa kereta, both preggies mommies sudah lupa di mana kami parked kereta... alahai penat jugak berjalan kat parking tu...

Sampai kat PCMC... bergegas solat dan terus naik... sampai kat registration

"Puan...puan pegi mana... doktor dah tunggu..."

"Takde patient lain ke..."

"Ada... dia dah masuk dulu..."

"Oh takpe... biarle patient lain masuk... "

Aku, Linie dan Harraz, anak Linie, tunggu tak sampai 5 minit... dah kena panggil...

Linie kenal sepupu Dr. Seri... banyak la sembang... masa check-up... sungguhla kecoh sebab kami asyik bergossip pasal Prof di HUKM... Dr. Seri dan misi dia dulu kerja kat HUKM...

"Dr... berat saya turun la... "

"Well I'm not worried about your weight... I am more worried about your baby breech"

As always Dr. Seri memamng tak kisah dengan berat aku yang hanya naik 9 kg je wpun dah masuk minggu 34.

"Yeah... the baby has been very accommodating... dia dah move... kepala dah turun"

"Kita try for normal delivery ye"

"Kalau baby besar... boleh ke"

"I will monitor baby punya size..."

Alhamdulillah.... baby baik dia pusing walaupun dah hampir 33 minggu in breech presentation..

Lepas check-up... Linie ajak aku buat hospital tour.

We visited the ward and also the labour room... aku puas hati sebab bilik standardnya quite nice with KLCC view dan labour room pun nice and cosy.

"kat mana husband nak duduk" aku perasan katil delivery tu rapat ke dinding.

"oh husband duduk kat sofa ni... ambik video... ramai husband buat macam tu"

"eh macam tengok wayang pulak... duduk kat sofa... "

"kalau nak hisband berdiri kat hujung kepala, boleh tolak katil"

aha... legaaa takde maknya aku nak bagi hubby duduk menonton kat sofa... aku pun tak bagi abik video... snap photo cukuple...

After tour, kami solat asar dan tunggu hubby datang ambik aku.

Thanks Linie and Harraz kerana temankan aku check-up.

Linie dah selamat bersalin at 36 weeks kerana BP yg tinggi pada 1 Jun 2009.

Hospital Tour

Cafe kat bawah.... sunyi dan lengang aje... tak jadi aku nak masuk makan walaupun dah lapar sangat.

Sambil tunggu Linie, aku minum Nescafe dan baca Anjung Seri... aman rasanya sebab tak ramai oarang di lobi.




Terkejut aku tengok barang penuh trolley... mesti baru lepas deliver first baby... tengok barang macam nak pergi holiday jauh... rasanya memang penuh trolley tu...





Aku dan Linie melawat labour room, Insya Allah kalau diizinkan bersalin normal... disinilah aku akan melahirkan baby terakhirku...

Linie tengah borak sakan dengan midwive... kami buat labour-room tour lepas jumpa Dr. Seri...

week 33

mommy and izz my little 'totet'
in the mood to pose... just realise I dont really have many pictures of my growing tummy




happy mother's day... mommy got presents
aha dah masuk minggu 33... it says only 49 days to go... wah lama lagi tu... and I'm feeling heavy
thinking nak kena awalkan my maternity leave... nasib baik ada new arahan maternity leave boleh diambil awal 2 minggu dari due date... kalau ikut my due date 14 Julai I may take my maternity leave 1 Julai... leaving me only June to drag myself to the office... bestnya... nak bersantai-santai dan bergolek-golek aje kat rumah
minggu depan sekolah cuti... dah plan nak balik Kelantan... dah lama tak balik kampung... sebenarnya tak terasa sebab mak selalu datang KL... tu yg tak sedar yang kami dah masuk 5 bulan tak balik kampung sebab kejap-kejap mak datang rumah.
barang baby banyak lagi tak siap... kalau ikut list banyak lagi kena beli... this baby thing is getting more and more expensive... lagipun this will definitely be my last baby
"mommy kita beli bathtub ni... cantik..ada ni bla..ada ni blaa" kakak trying to convince me into buying a RM230.00 cute blue bath basin plastik
"kakak... buat apa beli yg mahal... baby nak pakai kejap aje... mommy bukan nak beranak lagi lepas ni... ita cari yang murah je ler"
kami cari kat Carrefour tapi takde pulak... hmmm boleh tak takde tempat mandi...
"nanti kita balik kampung kita ambik yg kakak punya... takpe kita basuh bersih-bersih" kakak punya yang dah berusia 11 tahun masih tergantung elok di kampung
"ala beli je besen besar... nak buat mandi je" hubby bagi cadangan
"TAK NAAAAKKKKKK" anak-anak dah menjerit
Shopping barang baby ni best tapi bila ingatkan this will be the last one tu yang macam rasa nak beli yang penting-penting aje... dan yang penting include:
baby cot -
ini a must sebab aku tak reti tidur dgn baby... baby cot ni aku letak sebelah katil... bila baby nangis aku just angkat baby bagi susu dan letakkan balik... we both can sleep well tanpa risau.
baby cot lama dah patah ranap masa Izz sebab kakak dan Inas join sama masuk dalam baby cot... aku masih ingat bila mereka bertiga masuk dalam baby cot.... prapppppp nasib baik takde apa-apa
besen mandi-
dah biasa mandikan baby dalam besen... lebih mudah
breastpump -
aku plan nak breastfeeding... dulu aku tak reti sangat so takle breastfeeding lama
untuk baby ini aku plan nak breastfeeding selama mungkin
warmer -
kalau dah plan nak exclusive breastfeeding kenalah ada warmer... senangkan kerja bibik
blanket, towel, toiletteries baby -
benda-benda kecil ni pun kalau campur banyak jugak
JAMU -
nak makan Nona Roguy sebab aku dah biasa...
emmmm ada la 2,3 round shopping lagi ni...
Hari Jumaat ni kena pegi check-up
Dr. Seri suruh buat blood test for sugar kut... aku dah buat dah dulu lepas 3 miscarriages tapi Dr kata itu lain pulak.. hmmm ikut je la
Pagi buat blood test... petang check-up... dia cakap nak bagi cuti... bolehlah aku rendek area Pavillion tapi dgn siapa... hubby kerja

week 32

kakak Inas dan kakak Izz

dah rasa berat at 75kg

perut dah mulai tegang

baby moves a lot... really a lot...

sakit belah kiri... especially kalau baring

dah mula rasa amat malas... nak pergi kerja le

rasa macam nak shopping je



tapi mommy sangat seronok kerana


kali ini pregnancy sangatlah smooth sailing

takde langsung sakit... mommy tak pernah MC atau EL


dan yang paling best


mommy takde buasir..

adusss mommy takut bila fikirkan pasal buasir

masa pegnantkan Inas dan Izz... it was really bad...

nak jalan tak selesa

sebab b**t*t sangat sakit


agaknya sebab baby in breech presentation...

baby sekarang sedang duduk bottom down...

kurang pressure... mommy pun jarang nak ke toilet

malam memang tidur lena

tak bangun ke toilet

bestnyaaa... tapi tak best bila ayah kejut bangun pagi



30 weeks

wah dah lama tak update blog...

banyak cerita nak tulis tapi malas nak ketuk keyboard pc

aku dah masuk 30 weeks... hari Selasa lepas dapat update email dari pregnancy.com on 30 weeks development...

lately aku notis perut dah ketat.... hubby kata "besarnya perut, bulat semacam"

tapi aku rasa kali ni perut aku kecik je banding dengan pregnancy dulu... lagi besar sebab aku naik sampai 25 kilo

esok Sabtu, aku dan rombongan Cik Kiah akan ke Jakarta, ada 14 orang, 3 famili adik-adik hubby dan mak tok Kedah.

aku dah buat iteneri... aduss nak travel in group 14 orang kalau takde proper iteneri jenuhle... nanti tersadai dalam bilik hotel je

semalam dapat fak dari doktor seri, she said ok for me to travel sebab so far aku memang takde sebarang masalah

so far pregnancy so good.... takde masalah langsung.... harap percutian kami di Jakarta-Bandung akan menjadi percutian yang akan menyeronokkan bagi anak-anak sebelum aku berehat panjang

makan

pagi:

1 cawan nescafe panas dan 2 keping roti peanut butter jelly

lunch:

aku tapau nasi ayam dan cucur udang masa balik meeting... nasi ayam senang sebab aku boleh tapau untuk driver dan PA aku

aku makan separuh je nasi ayam tu... tak le sedap sangat...

petang:

hubby sms " I meeting lambat habis... u balik dulu naik teksi nanti claim " ishh mana aku nak cari teksi... malas nak call dan arrange for teksi...

so aku mintak driver hantar aku balik... tapi kalau pakai driver kena cepat sebab driver pun nak balik rumah dia kan... jadinya

aku sampai awal... aku pun terkejut bila aku tiba di rumah masih terang dan anak-anak masih berlari-lari naik basikal depan rumah... bestnya, selalu aku tiba rumah dah senja...

aku masuk dalam rumah rasa sunyi sebab anak-anak dan bibik sedang main di luar

aku ambik tupperware keropok dan buat root beer float dengan ice cream vanilla masuk bilik

aku pasang citer The Dark Rider... dah lama hubby beli untuk aku tapi sebab hubby tak minat so aku tak ada kawan nak menonton sudahnya Heath Ledger or The Joker dah memang award baru aku hegeh-hegeh pasang... jam kat dinding pukul 6 pm.... aku sedap landing tengok dvd sambil minum float dan makan keropok... wah rasa macam bercuti pulak..

dalam pukul 7 pm aku dengar, kereta hubby.... oppsss aku pause dvd... aku turun... la jumpa hubby kat tangga

" balik dgn apa? bila? "

" dah balik awal... driver hantar.... sempat tengok dvd? "

malam:

anak-anak makan spaghetti, aku masak tapi aku tak sentuh pun

hubby makan kari daging mamak semalam dengan telur rebus dan kopi o

aku teringat cucur udang dan terus hidang

hubby makan sikit, aku makan sikit... lebih buang... bibik malam diet walaupun aku tak nampak dia makin kurus setelah sekian lama diet

aku tak de selera... sebab menu yang amat le lcct

nasib baik lately hubby tak cerewet makan, aku jer yang cerewet oppps bukan cerewet tapi kurang selera

pukul 10.30 malam:

aku turun buat nescafe dan ambik biskut

masuk bilik atas katil aku cicah biskut dengan nescafe sambil layan citer 24

kalau tidak malam nanti aku tak boleh tidur kelaparannnn

hu hu sedihnya kan... itu aje yang aku makan dalam sehari tak aci-aci aku patut makan macam-macam sebab aku dapat kebenaran untuk makan tanpa risau pasal gemuk

sebabnya

aku pregnant tak payah fikir diet tapi aku tak lalu makan

masa aku tak pregnant tu sedap ajer aku belasahhh makan... sampai aku risau naik badan

ini bila aku dah tak payah risau pasal berat... aku tak lalu

ptk tk5

alhamdulillah, akhirnya keputusan peperiksaan TK5 dah keluar

TK5 12 - 21 Nov 2008, aku ambik dalam keadaan aku yang sangat tidak selesa sebab aku kena demam denggi... aku baru early stage of pregnancy... kes meloya dan takde selera dan lain-lain

nasib baik masa tu cuti sekolah... anak-anak dah dipos ke kampung

nasib baik seminar yang pejabat aku anjurkan di Hotel Crown Princess berjalan lancar

nasib baik boss aku benarkan aku mendudukki TK5

nasib baik boss aku faham kenapa aku perlu menduduki TK5

dan akhirnya syukur aku telah lulus dengan cemerlang

dan aku tak percaya aku boleh dapat Aras IV

kerana aku ni kes yang tak mungkin dapat Aras IV

tapi mungkin rezeki ditetapkan Allah....

"I dah tengok result ptk"

"I tahu kan semalam dah keluar"

"tapi I tak tahu pun dah keluar... kalau you tak cakap malam tadi"

"I tak cakap sebab I tahu you pass"

"I lulus cemerlang tau..."

"hah you dapat IV"

"aa dapat IV"

"bolehler you cakap kat ******** you dapat IV"

"aa dia kan cakap I ni makcik yg lost"

"eh you dah tengok ke result you"

"belum tapi I rasa tak pass... I kan tak leh buat"

"nanti I tengok kan you punya"

kesian hubby aku... dia tak pasti... apa-apapun hubby dah dapat rezekinya dalam bentuk lain... rezeki yang lebih besar

solat syuruk

dalam kereta balik dari Hari Sukan sekolah...

anak-anak dah makan di sekolah

hubby pun dah makan nasi lemak kat kantin sekolah

aku je yang kelaparan

jommm pergi 7-11 nak beli slurppeee... bestnya sedut slurpe panas-panas ni

tapi mesin slurpee rosak... alamak kempunan ler

aku tapau pecal untuk lunch... senangkan tak payah fikir pasal lunch dan masak-masak walaupun hari Ahad...

dalam kereta aku sibuk belek paper... hari Ahad banyak ler benda nak baca

Izz pun sibuk jugak baca paper

"mommy.... mommy solat syuruk tak?"

"mana ada solat syuruk"

"ni ada dia cakap syuruk ... ..." sambil dia baca jadual waktu solat dalam paper

ha..ha... semua ketawa

"syuruk tu waktu matahari dah terbit, syuruk makna dah tak boleh nak solat subuh la"

I feel it

i think the baby moves...

hmmm I think it was the baby or was it just gas in my tummy...ha..haa.

bila lah nak really feel the baby move

kakak kata:

"baby ni malas sangat la... nak tidur je"

so baby when are u planning to fully kick and turn your mommy...

your mommy and sisters cannot wait... to feel you

wk 20

" mummy baby gerak tak? "

" tak lagi "

ehmmm ikut buku... season mummy like me should feel the baby movement as early as wk 14

" doktor, I tak rasa baby's movement? "

" you tak rasa macam gas, angin ke? "

" ada tapi tak macam movement pun.... maybe perut dah tebal kut "

so we are all waiting for the movement...

doktor kata baby ok...

baby malas gerak kut...

oh oh baby girl dalam perut pun dah pandai bermalas-malasan

" kalau baby girl...haru le sebab I malas betul masuk dapur? "

" baby malas ke... you yang malas "

uhhh malas aku nak layannnnnn

anak exam

arahan minggu ini

no tv...

lepas ngaji baca buku

pukul 6 petang baru boleh main kat luar " kalau tak hujan "

pukul 7 malam terus mandi

lepas mandi solat/dinner.... mana yang dulu, kalau nak makan as family lambat sikit

pukul 8 malam buat revision... rumah aku sunyi jer... amannnn

ishhh bosannya rutin anak-anak aku... kesian

tapi minggu exam... dengan rutin begitu pun pencapaian mereka so - so aje

aku tak kisah dengan result exam mereka

yang aku cukup bangga sebab mereka dapat ikut rutin

itu bagi aku dah cukup baik

dan yang bestnya... masa aku tengah lunch

" mummy tadi exam Izz rasa Izz boleh buat "

" Izz rasa boleh buat? "

" Izz memang boleh buat "

" Izz boleh buat banyak ke sikit "

" Izz boleh buat banyak... ada satu yang Izz tak tahu... Izz tanya cikgu kena bulat ke? cikgu tak cakap... jadi Izz tak buat apa-apa pun "

aku dalam hati dah kembang dah....

WPY 43

mula-mula ambik WPK 46...

he..he.. cun sama dengan yang hitam WPC 46

ehmmmm nanti anak-anak confuse... dua-dua keter hitam

kalau suruh naik keter hitam 46... eh keter hitam mana?

ehmmm kena tukar

ohhh nak no mana... belek-belek tenung-tenung ala tak lama pun tak sampai setengah minit

akhirnya WPY 43

ok...

ok la WPC 45, WPC 46, WPY 43

baju

pagi tadi... ngadap almari cari baju... almari dalam bilik dan almari kat quest room

belek-belek baju...

dah boring nak pakai baju yang sama...

bulan lepas dah tempah 10 pasang baju kurung ... dan baju baru pun dah jadi kurang baru sebab asyik pakai jer

baju baru tu ukuran baru... ehem setiap kali tempah ukuran naik 2 inci..

bila ukuran baru selesa sikit pakai... alasan

baju lain ada tapi ukuran lama... takpe lah boleh pakai lagi kut... wah yakin nampak

ambik baju kurung purple antara baju kurung yang ditempah lepas balik Jepun tahun 2006...

"dear kain tak muat la..."

"alamak baju sendat...nampak perut bulat"

"weekend ni kena pegi shopping cari baju...waa...."

"ada duit ker nak shopping tu... kata dah bankrap.."

well at 5 months pregnant logikla baju kurung dah tak muat kan... bukan aku gemuk

ishh tak kan nak tempah maternity dress awal lepas tu nak pakai sampai bulan 7

issh aku plan nak tempah 5 helai je cukup untuk seminggu...

5 helai seminggu pakai selama 4 bulan... aku rasa

baju akan reput

aku akan muntah tengok baju tu

aku kena tempah lebih... lari bajet... tempah baju mahal

nak beli ready made, mak dah pesan kalau pakai baju mengandung biar labuh tak elok singkat macam dulu... ye la dulu aku muda comei je pakai gown kut

tak sabar nak shopping...

nak hantar tailor mana? ha itu satu lagi masalah... aku tak cadang nak spend a lot on maternity dress sebab ini mungkin last aku mengandung.... hu hu sayang kalau beria-ia buat baju lepas tu tak boleh pakai...

over the weekend




My princess tak lepas bergambar kalau datang check-up... kali ini kat reception jadi port bergambar... jeling tu makcik reception..apa laa datang sepital pun nak ambik gambar...

Aku register kat kaunter tepat pukul 11.30 pagi... appointment time 11.30 pagi...sungguh punctual. Lepas siap test urine dan timbang... bulan ni naik sekilo ajer... tak lalu makan sikit

masuk bilik... first thing doktor tanya

"where is your troop?"

"ada kat luar... tak miss nya datang...they all excited la doktor?"


"ada bleeding?"

"takde... tapi selera makan kurang?"
doktor gelak je... iye ke kurang? No Bleeding is a good sign, maybe you dont need Dupashton lagi...dah kuat dah. Selalu lepas sesi doktor tanya aku jawab, maka anak-anak akan dipanggil...they will only come in masa nak scan.

bila anak-anak aku masuk bilik... dah jadi lain

"apa program weekend?"

"tengok Upin dan Ipin" jawab Inas

"ooo Boleh Boleh" doktor pun boleh ajuk tagline Upin dan Ipin tuh

"auntie pun nak bawak anak auntie tapi tak tahu bila... lepas ni nak pergi ambik anak auntie balik sekolah...ada replacement class.... lagipun minggu lepas dah pergi tengok Pink Panther"
as always doktor akan banyak cakap dengan anak-anak ajer... aku dan hubby jadi penonton jer la

masa doktor scan perut, berbaris anak-anak aku mengadap skrin tu sampai doktor kena adjust

"dok kat sini belakang auntie nanti mummy tak nampak"

"nampak semua ok, baby is now 500 gm, baby dah complete, tengom dah ada telinga, mulut tapi just skin takde isi lagi"

"doktor baby apa?" inas dah tak sabar terus tanya

"oo itu soalan cepu emas... nanti auntie check yang lain dulu pas tu kita tengok baby apa"

"ehmmm baby ni macam you all la... tengok tu flat ajer la... a girl la maybe like you all"

kesian kat anak-anak aku sebab dah beria nak baby boy..
"eh tak suka ke baby girl... best apa baby girl asal sihat" doktor macam nak pujuk anak-anak aku

itulah cerita check up bulan ini.... nampaknya we are having a girl... bagi aku Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kami, aku hanya berdoa agar baby ini sihat dan sempurna dan dapat dididik menjadi anak yang baik untuk kami.

lepas check up, aku kenen hubby makan di Delicious kononya nak celebrate our anniversary...
aku dah banyak baca review pasal restoran ni so ingat nak try... tapi nan adooooo...
mungkin bukan selera tekak kami sekeluarga... mahal je bayar tapi we didn't enjoy the lunch...
yang sedap hanya warm chicken salad dan banana choc cake...
yang lain memang takle selazat yang orang dok cakap tu tapi aku tak komplen banyak sebab aku yang ajak...
hubby kata pegi buffet kat hotel lagi berbaloi.

"lain kali you tak payah ler terpengaruh dengan cerita orang... kedai makan ni subjektif"
"ok la lain kali kalau celebrate kita pegi hotel je la..." aku janji dengan hubby

12 tahun

13 Februari 1997...

13 Februari 2009...

12 tahun dan 3 puteri comel ... dalam satu perjalanan indah
12 years of strawberries and chocolates
12 years of salts and peppers
and yet it all tasted so sweettttt....

countdown to 12th

aku tunggu

walaupun tak ada apa-apa pun yang luar biasa akan berlaku

aku tahu

kami mungkin akan laluinya seperti hari biasa

tapi

walaupun begitu

aku tetap teruja menunggu

aku cuma kena remind my dear hubby

dia selalu ambil mudah perkara ni

dia memang macam tu

aku dah biasa

tapi kalau aku rancang dia ok jer

walaupun kena jugak sedas dua "ala buat habis duit jer"

dan aku akan merajuk

"oklah jom pegi mana-mana... you pilih"

dan aku selalunya tolak peluang baik dan pilih tempat yang biasa

sebab itulah selalunya setiap tahun ia menjadi biasa

salah saper.... salah aku... tidaklah aku kan baik.... tak membazir sebab selalunya semua tempat akan jadi giler mahal

apa nak buat tahun ni?

apa nak mintak tahun ni?

let the countdown begins......

mak bimbang

mak datang minggu lepas.... eta bawak mak bercuti ke cameron highlands sempena tahun baru china... mak suka berjalan... aku dah janji nak bawak mak ke langkawi tapi masih janji tinggal janji... bila agaknya aku akan dapat bawak mak ke langkawi.

iman, inas dan izz happy bila mama dia datang...

iman dan inas berlari ke pintu memeluk mama mereka

dan aku tergelak bila izz mengur mamanya

"hi mama!!!" amboi boleh hi hi lagi sambil makan di meja

bila malam, iman dan inas akan bentang tilam dan bersempit-sempit tidur dalam bilik mama... sanggup tu tidur atas tilam nipis tanpa aircond

"biarla they all merasa tidur dengan tok nenek nanti dah besar tak nak dah tidur sama" kata hubby bila aku cakap bilik tetamu tu sempit bila mereka tidur.

bila mak ada aku memeang tak lepas peluang sembang habis-habisan dengan mak

"nanti tak payah beli barang baby lagi.... tunggu lepas beranak pun takpe" kata mak

"ala susahla lepas beranak...nak beli tapi tunggu dah nak beranak sangat nanti" aku balas eh mana boleh aku tak shopping barang baby kan...

"mak tak berani cakap kat orang lagi takut nanti gugur lagi... jangan lebih-lebih pulak kalau tak jadi lagi kali ni macamana" mak macam risau je tak nak sembang pasal babay

"doktor cakap ok je takde apa-apa" kata aku

"mama doktor kata baby dalam perut mummy baby boy tapi kena pegi check lagi bulan depan nak confirm betulke boy..." kakak happy je bagitahu mama dia

"eh mana kakak tahu" mak memang cukup berhati-hati cakap pasal benda yang tidak pasti

"doktor kata nampak macam boy tapi doktor tak berani nak confirm lagi takut yang nampak tu tali pusat je" aku bagitahu mak

"kalau dapat adik lelaki bestla kan kakak" mata mak dah mula merah.... mak tak ada anak lelaki, dan mak mesti suka kalau ditakdirkan aku dapat anak lelaki kali ini.

"nanti aqiqah buat kat kampung, mak beli lah kambing" aku cakap hubby dah setuju suruh buat aqiqah baby nanti kat kampung aku lebih meriah.

"isshhh nanti dah beranak la baru cari kambing... beranak dulu nanti baru nak suruh pak ngah cari kambing" kata mak

mak masih lagi risau pasal aku...