Words of wisdom

"If you can stand than you endure but you must be firm... strategy

If you decide to stay than you must respect 'datuk' because 'datuk' is much older than you... learn to shut my mouth

If you feel you have had enough than you do what need to be done... ask for transfer

If 'datuk' doesnt want you than why should you stay... by all mean have some else to fill in, I am more than happy

If 'datuk' has someone else than it is ok... oh yes, no hard feeling

After all no one can tarik balik what have been given to you... Alhamdulillah

words of wisdom from my immediate boss who always believe in me, thanks... my mentor.

stressfree driving

Pagi ini hubby bawak kereta putih aku, dia ada meeting di kompleks J*M, kereta aku ada sticker J*M, kereta hubby memang takde apa-apa sticker pun kecuali roadtax... so aku kena bawak kereta hitam hubby ke pejabat.

Aku mula-mula bawak dengan sopan santun sekali speed below 80km/h ... lepas je simpang depan rumah maka aku pun tekan minyak... best pulak tekan minyak ni... aku tekan lagi ... apalagi speedmeter pun naikle.

Fuhhh lega...puas betul aku drive kereta pagi ini... aku agak mungkin esok aku akan drive macam pagi ini lagi.. lagipun berapa hengget sangatle yang aku boleh jimat kalau bawak below 80km/h... tak lepas nak beli cendol pun.


Aku akan pecahkecilkan kereta aku ni.... aku akan pakai kereta yang lebih menjimatkan minyakkan... masih menunggu hubby cepatkan proses keluarkan kereta aku tu... dah 2 bulan dah aku tunggu.... aku dah teruja nak bawak kereta baru aku tu... banyak jugak penjimatan duit minyak dengan kereta baru tu.

Alhamdulillah... berita baik

Tiba-tiba hubby call

"dah dapat berita baik"

"berita baik apa? my confirmation ke? belum lagi"

"you dah dapat xxx"

"iye ke? saper cakap"

"xyz cakap.. I pun tak caya sebab you tak cakap apapun masa lunch tadi"

"I pun tak tahu... ini baru you cakap"

Hubby cakap dia kecil hati kalau aku dah tahu tapi tak cakap kat dia... hubby ni sensitif la pulak... selama ini manalah pernah aku simpan rahsia... aku ni jenis share everything baik ataupun buruk.

Hubby pun berpesan macam-macam pada aku... aku sebenarnya happy dalam tak happy dengan berita gembira ini... tapi takut pun ada sebab 'big boss garang tak henget' tu setuju tak menerima aku.

"alah macamana pun you kena marah jugak"

"tapi sekarang magnitidue kemarahan lagi besar, expectation lagi tinggi la"


Itulah sebenarnya yang menyebabkan aku berdebar dengan berita gembira ini, samada my 'big boss garang tak hengat' boleh menerima aku.... hanya waktu yang menentukannya.

Dalam pada itu aku panjatkan rasa syukur kepada Allah atas limpah rahmat dan rezekiNya kepada aku.

Cuba Berjimat

Harga minyak naik... harga semua barang lain ikut naik, takut tengok kenaikan harga barang.

Semua bercakap nak jimatkan penggunaan minyak kereta. Ada yang suggest naik beskal aje ke pejabat... jimat banyak... ada yang suggest beli i-charge pasang di kereta untuk jimatkan minyak.

Macamana agaknya aku naik beskal dengan kain kurung yang berterbangan dan bila aku park beskal di parking kereta... aku akan tiba sebagai wanita paling 'anggun' dengan rambut overblown dan muka berminyak... mana sempat nak touch up kalau naik beskal ... dengan cuaca tak menentu aku mungkin terpaksa berhenti every 10 min disebabkan panas atau hujan...


Aku tak boleh nak agree dengan cadangan naik beskal oleh kawan-kawan, bukan aku tak sokong tapi sebab aku tak reti naik beskal... so aku terpaksalah naik kereta yang selesa dengan aircond, dan yang pentingnya aku boleh touch up muka dan rambut aku masa aku berhenti di lampu merah.

Walaupun begitu, aku juga telah cuba untuk berjimat, dan aku pilin cara penjimatkan yang paling tak signifikan ialah aku bawa kereta pada kelajuan 80km/h sahaja... bayangkan betapa tak logika membawa kereta di jalanraya sekitar Cyberjaya yang lurus, luas dan kurang kereta... aku stress... ye aku stress sebab mata aku tak lepas dari speedmeter nak make sure speed is 80km/h tapi untuk 15 min driving time masih lagi ok... aku ikut cara USA di zaman mereka menghadapi krisis minyak... dan dari apa yang aku baca cara ini berjaya.... tapi untuk jangka pendek aku mungkin dapat jimatkan 2,3 hengget jer kot...nak beli cendol 2 mangkuk untuk belanja hubby pun tak lepasss.

Nota:

Aku balik lewat semalam, masuk rumah hubby cakap kena buat groceries... dan kena naik kereta aku yang dah ada di luar... aku ada cakap dengan hubby sekarang aku bawak kereta 80km/h ajer... aku cakap ok je bawak slow bukan nak rushing ke mana...

Bila lepas simpang rumah aku.....desubbbb hubby tekan minyak.... aiyoooo habislah minyak yang aku dah jimatkan.... sungguh tak supportive


Happy 60th Birthday to Mak

Mak sudah melangkah ke umur 60 tahun hari ini... sebenarnya aku tak pernah bayangkan kalau mak dah umur 60 tahun kerana aku rasa 60 tahun tu terlalu tua, tapi hari ini bila aku tengok mak yang dah tiba ke usia 60 tahun aku rasa biasa aje... macam aku melihat muka mak di usianya sebelum ini.

Mak baru selesai buat MRI utk slip disc... 2,3 tahun kebelakangan ini mak ada masalah sakit lutut yang membataskan pergerakannya... awal tahun ini mak menjalani rawatan pakar dan nampaknya mak sudah dapat berjalan dengan baik... aku dan adik-adik dah bawa mak berjalan dari Sogo ke kedai kain Jakel dan mak kata dia tak sakit dengan perjalanan yang agak jauh itu.

Mak ada di rumah aku, aku seronok melihat mak melayan cucu-cucunya... aku harap mak akan terus dapat melayan anak-anak dan cucu-cucunya untuk tempoh yang lebih lama lagi... aku tak dapat bayangkan jika mak dijemput lebih awal olehNya... semoga Allah panjangkan umur mak.

Bila malam anak-anak aku akan heret tilam dan bantal untuk tidur dengan mak di biliknya di bawah... semenjak mak sakit kaki dia tak pernah naik tangga untuk ke tingkat atas rumah aku. Anak aku akan mandi bilik air bawah walaupun takde air panas... rasanya anak-anak aku jarang naik ke atas kalau mak aku ada... semuanya meleseh kat mak...
aku pun sama meleseh dekat mak bercerita macam-macam, kadang-kadang dah tengah malam baru aku naik bilik leka bersembang dengan mak.

Mak aku ni penyayang orangnya, cucu-cucunya manja semacam dengan dia, kalau dia ada maka rumah aku akan tenang sebab mak aku tak bagi aku tinggikan suara kat anak-anak... kalau aku bising nanti mata mak mulalah bergenang...

Muka aku dan mak seiras walaupun aku tak secerah kulit mak...

Beza aku dan mak adalah penampilan.


Mak seorang yang kemas, sentiasa memakai baju kurung, semasa muda mak akan memakai baju kurung sepasang dalam rumah, sekarang mak pakai baju kurung dengan kain batik aje.

Aku pulak selagi badan tak melekit tak mandila... kalau mandi pun pakai t-shirt buruk-buruk aje... bukan nak pergi mana pun.

Mak sentiasa dengan bedak dan rambut bersikat rapi, aku pulak selagi tak keluar naik kereta tak sapu bedak, rambut asal ikat getah aje.

Persamaan aku dengan mak adalah kesukaan.

Aku dan mak suka makan... kami suka cuba pelbagai makanan... kalau aku jumpa makanan baru yang sedap aku mesti teringatkan mak dan aku mesti akan belikan sedikit untuk mak.

Selalunya pada hari jadi mak, sebagai hadiah, aku akan bawa adik-beradik aku dan famili makan-makan di hotel, mak paling suka hi-tea di hotel sebab banyak pilihan desserts tapi tahun ini mak dah pesan dia tak nak makan kat luar lagi... takpe lah aku masak je la untuk mak.


Aku dan mak suka warna terang untuk baju... senang nak pilih kain untuk mak.. carilah yang warna merah, hijau ataupun kuning mesti mak suka.

Aku dan mak cepat menangis... benda-benda kecik pun senang menitiskan air mata. Kami berdua ni penydiah orangnya.

Dan yang paling ketara ialah aku dan mak tak ada anak lelaki... mak bernasib baik mempunyai menantu lelaki yang baik... Insya Allah aku juga berdoa dikurniakan menantu lelaki yang baik.

Selamat mencapai usia 60 tahun mak... Ma sayang mak.

Dia yang menentukannya...

dan Tuhan menguji takkan berhenti...

Aku duduk dan terfikir segala kebahagiaan ini kalau ingin diuji Tuhan datangnya tanpa pesan... mengocak ketenangan dan melahirkan pelbagai perasaan... bagi yang kurang sabar seperti aku tentunya perasan marah mengatasi segalanya... aku marah dan tertanya kenapa aku... apa salah aku... dan syukur marahku ditiupkan padam dengan rasa kasih sayang kami berdua...

Namun ujian Tuhan masih terlalu kecil untuk aku kerana aku kira ianya ibarat hembusan angin yang menyentuh pipi sahaja tapi sudah cukup menyedarkan aku... mungkin aku dan suami sedikit alpa dengan kurniaanNya...

Dan mulai saat itu aku mula menyedari yang betul mengetahui isi hati hanyalah Tuhan yang maha mengetahui dan tiada sesiapa selain dariNya, tidak juga teman tidur yang berkongsi hidup. Aku percaya itu... dan dengan kepercayaan itu maka aku berjanji pada diri yang aku akan menjaga kebahagiaan aku sebaiknya...


Namun ku pinta sama setia menjaga hingga...


Cukuplah aku tak sanggup melaluinya lagi... InsyaAllah