alahai izz


masa dalam kereta lepas sekolah


"kakak dah baca juz berapa?"


aiyoo mummy tak tahu anak mengaji quran juz berapa


"kakak dah masuk juz 13... kakak baca banyak sekali baca 4 helai sebab kakak nak lawan inas"


well inas ni cekap sikit baca quran... dia pernah lebih 2 juz dari kakak... kakak mula ngaji umur 8 tahun lepas balik Jepun itu yang dia merangkak sikit


"ok kakak bacalah rajin-rajin nanti hanis mummy buat khatam quran...best tau" aku cerita pasal majlis khatam quran kat kampung aku, pakai baju cantik macam pengantin dan ada small kenduri meraikan khatam.


"ehh kakak tak nak malu, nanti kakak baca salah"


"takpe, kakak baca dengan ustazah... boleh praktis dulu...bila kakak dah habis kakak dah pandai dah bukan nak baca habis satu quran tuh"


tiba-tiba


"takpe iman... iman baca quran rajin-rajin lepas tu khatam... BILA IMAN DAH BESAR TAK PAYAH BACA QURAN DAH" dussss wah statement power dari izz


aku dan hubby tersentap... agaknya sebab dia tak pernah tengok orang besar baca quran... he..he.. aku dan hubby baca yassin je malam jumaat... jadi bagi dia baca quran ni untuk budak kecik aje.




anak-anak memerhati setiap perlakuan ibubapa dan mencipta peraturan berdasarkan pemerhatian mereka... aku berdoa anak-anak aku membuat pemerhatian positif perlakuan aku dan hubby...


nak kena lebih hati-hati lepas ni....

boikot

aku kat ofis , pukul 2.30 pm...tiba-tiba hp berdendang



"mummy-mummy nanti mummy jangan beli sos maggi"



"mummy jangan beli barang nestle, maybeline...bla..bla..bla.."



terkejut aku, apa hal ni tiba-tiba ada list barang tak boleh beli.



"mummy kakak tak nak makan sos cili maggi...nanti mummy buang beli yang lain"



"takpe makan dulu yang tu, buang berdosa tau, bazir tuhan marah..."



"tapi beli barang israel yang bunuh orang islam tu lagi tak baik" wah pandai pulak kakak berhujah.



"ok nanti dah habis yang tu mummy beli brand lain..." aku tengah sibuk kat opis takde mood nak bincang hal boikot barang pro isreal ni...



aku terfikir anak-anak aku ni dah boleh faham ke isu boikot ni... dah faham kes israel berperang dengan palestine.. eh eh anak aku dah besar rupanya.



nampaknya aku kena bincang dengan hubby macamana nak cerita benda ini dengan anak-anak.


pengalaman baru

"I rasa best la pregnant this time... dapat share dengan budak-budak..." aku cakap kat dear hubby

Hubby memang kisah tak kisah ajer dengan pregnancy aku kali ni... kalau banding dengan masa aku pregnant kat kakak dulu... hubby kata dah nombor 4, masa check up hari tu pun hubby cool ajer...dia kata dah nombor 4 dah terror dahu... tapi aku tak kisah sebab aku memang happy sangat dengan pregnancy kali ni..

Aku happy sebab:

Ini pastinya kali terakhir aku merasa pengalaman mengandung...aku suka sebab aku free untuk bermalas-malas ( ha ini penting ye..), boleh makan apa saja tanpa nak fikir nanti gemuk, aku boleh jadikan hubby dan anak-anak remote control aku untuk ambik barang (ha ini jugak penting bila aku tak larat nak naik tangga...) dan aku boleh lenggang kangkung pegi shopping sebab semua barang hubby atau anak tolong bawak.. jadi aku bawak roti dan tisu aje walaupun aku paling besar..ha..ha.. best tu

Layanan ini masa pregnant aje boleh dapat yer...

semalam aku tak selera nak makan nasi... aku teman hubby dan anak-anak dinner dari sofa ajer sambil berbaring... aku pot pet dari sofa ajer la

"Dear, I rasa nak makan buah la... dalam fridge takde buah"

"ala I penat la, baru keluar beli lauk".... aku memang jarang masak hari kerja

aku diam ajer...betul jugak nak ke Alamanda tu ambik masa jugak hanya untuk beli buah...

"ha kalau nak pegi cepat, nanti tak sempat tengok homework budak..." agaknya hubby kesian kat aku

cepat-cepat aku naik atas bagi arahan kat anak-anak

"mummy nak pegi kedai... kakak buat muka surat ini... blah..blah, inas buat buku ni blah..blah..izz buat homework dulu lepas tu buat ni blah..blah.. hah jangan tak dengar cakap mummy...kalau tak dengar nanti mummy mengamok"

"kalau tak dengar cakap nanti mummy buat apa?"

"nanti mummy mengamokkkkk" macam dah tape aje jawapan tuh

ha..ha... dapat jugak makan buah malam tadi... kalau aku tak pregnant mesti hubby buat donno aje.

Tapi aku juga seram sejuk dan takut:

Aku dah 40 tahun... banyak kemungkinan yag boleh berlaku kepada baby dalam kandungan... takut aku nak fikirkan semua kemungkinan dan risk ibu umur lebih 40 tahun.

Masa scan hari tu aku tak sengaja cakap

"doktor ada 2 kaki ke?"

"isshhhh ada 2 kakila... ee you ni buat suspen I aje ler... apsal jangan fikir negatif...fikir yang baik-baik aje...everything ok tau" nasib baik doktor seri ni baik dan sentiasa ceria.

Aku sentiasa berdoa dan menyuruh anak-anak berdoa agar adik selamat dilahirkan dengan sempurna dan sihat, Insya Allah.

Aku gembira bila anak-anak selalu datang cium adik, selalu cakap dengan adik dan sebelum tidur semua akan datang wish adik good night...aduhhhh so sweet

Sekarang anak-anak dah buka tabung untuk beli present buat adik... masing-masing dah plan sepecial present buata adik.

Adik you are a very lucky baby....

Mengandung satu pengalaman yang amat manis...dan aku akan cuba menikmati pengalaman manis ini sebaik mungkin, Insya Allah.


rahsia gembira

dalam lift, izz tak lepas pegang print out scan adik

kakak, inas dan izz posing with gambar bakal 'adik'

Rahsia sudah terbuka...

aku dan hubby menyimpan rahsia istimewa sejak Disember 2008...

sebabnya...

aku takut pengalaman lalu ... masuk 10 ke 12 minggu aku akan bleeding dan akhirnya keguguran

hubby tak pasti ... I tak mau bangun malam buat susu dah tua-tua ni...

dan yang penting anak-anak tidak mahu BIG TAK MAHU

jadi kami biarkan ia rahsia... dan sedang mencari jalan untuk berkongsi rahsia istimewa ini.

bila dah masuk 4 bulan...perut aku mula kembang dan kakak mula perasan bila aku duduk perut aku nampak besar...dan dia sudah mula bagi remark

"mummy perut besar macam mengandungla" tegur kakak

"tak tahulah mengandung ke tidak" aku jawab selamba nak test water dulu
"itula mummy exercise lah bagi kurus" Inas pulak bagi suggestion... alamak itu ke yang dia fikir her mummy is GEMUK and BONCIT

sejak itu Inas selalu concern pasal aku dah kurus ke tidak... kalau aku outstation dia akan tanya

"mummy dah turun berapa kilo...dah kurus ke belum" aku gelak sebab aku outstation 2 malam aje..

bila anak-anak asyik tegur, maka hubby cakap ok nanti kita pergi jumpa doktor dan tanya doktor kenapa perut mummy besar

kebetulan aku ada check up pada 17 Januari jadi kami dah janji akan bawa semua dengan syarat hanya izz aje yang dibenarkan bertanya doktor kenapa perut mummy dah besar.

"nanti izz tanya doktor... apa yang ada dalam perut mummy"

"kalau Allah kata dalam perut mummy nak ada adik... kita akan dapat adik"
izz masih diam.... izz tak dapat menerima kenyataan dia akan ada adik kerana dia memang tidak mahu adik... dia nak jadi anak bongsu.
"kalau ada adik, izz nak adik jadi kakak, izz nak jadi anak bongsu.. izz nak ayah sayang izz banyak"
"ok nanti izz jadi anak bongsu ayah, adik jadi kakak izz...."
kami dah plan aku akan masuk dulu dan cakap kat doktor situasi anak-anak

aku masuk bilik dahulu dan terus cakap kat doktor pasal anak-anak aku yang masih tak tahu tentang pregnancy aku dan bagaimana mereka tidak suka untuk ada adik baru... doktor aku cakap dia pun mengalami masalah sama dengan anak dia dulu tapi dia kata kejap aje lepas itu mereka akan happy untuk dapat adik baru...legaa aku doktor faham.

doktor sebenarnya concern masalah aku yang telah keguguran 3 kali terus bertanyakan keadaan aku dan dia cukup gembira kerana aku sihat... terus mood happy dan suruh aku panggil hubby masuk.

bila hubby bawak anak-anak masuk doktor pulak yang terlebih teruja... terus je dia bukak rahsia

"tahu tak mummy ada adik dalam perut..."

muka anak-anak aku panik... mereka ingat datang untuk tanya doktor kenapa perut mummy besar dan mummy asyik nak baring je... he..he..

"best tau nak dapat adik.... jom kita tengok adik dalam perut mummy"

lucu aku tengok doktor beria-ia cerita pasal baby

"jantung adik ni berdegup kuat.. see baby lambai kakak dia... nanti auntie tunjuk mana tangan adik"

"ini jantung adik... tu kaki adik... tengok kaki adik gerak"

makanya doktor hanya bercerita dengan anak-anak aku yang amat terpaku melihat skrin monitor... dan doktor memang pandai control situation bila dia cakap "adik" dan membuatkan anak-anak aku agak selesa bercerita pasal adik.

aku dan hubby diam aje... let this be their session... let them learn from the expert
"kenapa adik tak lambai tangan lagi" Inas sudah mula excited

"oh baby dah tidur kut...dia penat.. nanti auntie pusing kita tengok belah mana lagi clear"

ha..ha.. aku happy bila anak-anak nampak happy...
"ok ... kakak semua girls... nanti auntie tengok adik ni apa..."

"oh surprise.... semua kakak-kakak ni mungkin dapat baby boy"

"actually it is too early too tell...takut hanya tali pusat jatuh aje nanti tak betul pulak auntie teka...kedudukan baby bersila tak boleh nampak betul la... nanti datang bulan depan boleh tengok clear"

wah doktor sudah teruja ni bercerita... dan aku sungguh worry sebab nanti pengharapan anak-anak aku tinggi dan andai sebaliknya takut pulak mereka kecewa..
"you pun mesti nak baby boy kan" doktor tanya aku yang terbaring
"saya tak kisah asalkan selamat dan sihat doktor" skima aje jawapan aku
lepas tu doktor pandang anak-anak aku
"so ada apa-apa lagi nak tanya...auntie tak sabar ni nak cakap... tanyalah auntie jawab"

doktor beria-ia tanya anak-anak aku yang masih agak-agak terkejuzzz... lepas pilih gambar untuk diprint mereka mula excited tengok gambar adik... sepanjang jalan asyik tengok gambar sampai pakcik cina dalam lif pun tegur

"all 3 girls ke banyak happy la"
aku dan hubby bersyukur kerana hari ini segalanya bukan lagi rahsia.....