Selamat Hari Ibu

I know Mother's Day is just around the corner, when:

kakak: "mummy Hari Ibu berapa haribulan?"

aku: "
bulan Mei, haribulan tanya cikgu nanti cikgu bagitahu" saja tak bagitahu konon surprise sikit.

kakak: "
alaa cakapla berapa haribulan nak kumpul duit nak beli present "

hmmmm sungguh tak surprise...

kat kalender dah ada satu bulatan besar

kakak: "
mummy.. kakak dah tanda Hari Ibu 11 Mei kat kalender"

Pagi tadi:

kakak: "mummy nak bawak duit lebih... nak beli bunga dan kad kat sekolah, hari Isnin cikgu bagi"

memang tak surprise, makanya hari Isnin depan aku akan dapat 3 kuntum bunga ros plastik warna merah dan 3 keping kad... bila membaca kad ucapan yang dibuat sendiri oleh mereka sambil merenung wajah-wajah comel mereka aku akan rasa amat gembira.

Syukur Alhamdulillah... aku diberikan rezeki mempunyai anak-anak untuk merayakan Hari Ibu ini... Insya Allah aku akan sentiasa berdoa agar aku dapat menjadi ibu yang sebaiknya.

Aku jadikan mak sebagai idolaku dalam mendidik anak.

Mak masih tegur dan bebel aku walaupun aku dah nak masuk 40 tahun, mak masih belum puas mendidik kepada kami adik-beradik.

Mak sentiasa risau dengan kesihatan kami adik-beradik... janganlah aku mengadu sakit mesti mak risau sekarang kalau aku sakit aku tak bagitahu mak, masa berpantang mak jaga aku lebih dari aku jaga diri sendiri...

Mak sentiasa jadi kawan aku... aku dan adik-adik boleh sembang dengan mak berjam-jam... mak layan je semua topik... dari kecik mak ajar aku dan adik-adik bercerita dengan mak... aku rasa semua benda aku cerita kat mak.. sepupu-sepupu aku pun suka bercerita dengan mak... mak macam kaunselor sebab karektor mak yang lembut dan suka mendengar...

Mak masih mengingatkan aku dan adik-adik pasal solat... mungkin mak tengok cara aku kerja yang sentiasa sibuk agaknya mak bimbang aku tak menjaga solat... aku kena cakap dengan mak aku solat kat sini, solat kat situ macam aku umur 15 tahun.... jangan risaulah mak... Insya Allah anak mak ni ok.

Yang bestnya, sekarang mak ada di sini
... bolehlah celebrate Hari Ibu dengan mak... kalau bawak mak makan memang seronok sebab mak suka makan...

Selamat Hari Ibu untuk mak, mak Kedah dan semua ibu-ibu.

Bendang

Awang Selamat bisik-bisik hari ini "harga beras naik melambung dan pengilang sedang untung besar. Namun apa jadi kepada pesawah... jual padi RM65/100 kg tapi harga beras RM36/10kg"

Pesawah jual padi murah macam mana nak kaya? Sama macam nelayan jual ikan murah RM4/kg tapi peniaga pasar tani tembak jual ikan RM8/kg macam mana nak kaya...musim hujan pinjam duit nak hidup... kesian

Aku teringat Prof. Ishiida dalam kelas ekonomi " the farmers are richer than me.... " itu dia pesawah padi lebih kaya daripada seorang professor ekonomi... itulah realiti di Jepun

Kebanyakan pesawah padi di sana .... ada rumah besar ada lori ada traktor ... takde konsep upah semai, upah bajak... mereka beli kelengkapan mereka buat sendiri... mereka memang kaya... setaraf dengan professor universiti...

Pesawah kita.... jangan kata nak tarafkan dengan professor universiti... tarafkan dengan budak pejabat pun tak boleh... walaupun semua orang kat Malaysia makan nasi.

Entah bila keadaan pesawah, nelayan dan lain-lain akan berubah...

Pak mertua aku buat bendang... dari muda sampai sekarang.

Pak, 63 tahun, upah segala kerja bendang pada orang lain... kat kampung masih ramai yg ambik upah buat bendang ...
aku ingat nak tanya pak dari membajak sampai mengerat padi apa yang dia buat sendiri... aku rasa semuanya upah...kiranya pak jadi tokeh kat orang kampung bagi kerja pada mereka... pak bukan orang kaya, pak tak pernah untungpun buat bendang...

Pak dah sakit dia dah jadi pesawah tegar...

Work Hard, Play Harder

Nama blog ini sungguh interesting... Work Hard, Play Harder, ha..ha... kalau boss tahu memang kena taram le... blog ni telah dimengandung dan dilahirkan kan oleh pB as surrogate mother, aku tadah tangan je ambik yang siap... comel pulak tu siap ada gambar coklat.

a beautiful beginning

Alhamdulillah... I now have my own blog, thanks to dear pB who 'presented' me with this blog which I take it as an advanced birthday present, bolehkan pB

Bila aku cakap kat hubby pB nak buat blog utk aku, hubby tanya "apa you nak tulis... nanti kena saman" alamak macamla aku nak tulis isu negara yang sensitif... hubby minat masuk blog-blog hot macam tu

Aku suka baca blog-blog orang... bila baca rasa macam dah kenal dengan blog ownernya, selalu bila aku nak relate cerita blog kat hubby... aku simply referred them as my friend... aku akan cakap "my friend citer bla..bla... " maaf kepada blog owner yang telah aku jadikan kawan... hubby aku mesti heran kenapa lately aku ada banyak kawan.

Bagi aku... cerita-cerita mereka yang tentang kehidupan menghiburkan aku dan kadang-kadang menyedarkan aku... aku suka baca cerita mereka.

Aku tanya pB sebab dia kan terror dalam hal blog ni.. apa aku nak tulis dalam blog aku ni... dia cakap tulis apa sahaja... hmmm apa saja yea... bolehlah lagipun aku kan beginner

MUKADIMMAH

Assalamualaikum ....



selama ini , hanya mampu tinggalkan komen.



Sekarang ....


mula mengorak langkah menjadi


AHLI BLOGGERs ......