Selamat Hari Guru

16 Mei Hari Guru

Aku mula kenal guru aka cikgu pada tahun 1974, umur 6 tahun di tadika Balai Islam Jalan Pekeliling... bangunan Balai Islam masih ada lagi cuma flet Jalan Pekeliling dah banyak dirobohkan... kenangan duduk di tingkat 16 dan makan mee bandung paling sedappp zaman kanak-kanak masih ada dalam memori aku.

Memori aku di tadika tak banyak... tapi aku ingat hari rabu kami diberi minum jus betik... aku tak suka jus betik sebab tak sedappp. Aku ingat ada konsert aku jadi butterfly...pakai kepak besar kat belakang dan aku pakai sampai balik rumah... teruja dengan kepak dan perasan dah jadi butterfly cantik.

Cikgu tadika ada 2 orang... yang aku ingat Cikgu Ani yg manis dan putih orangnya, sorang lagi aku lupa..sorry cikgu... tapi aku tak pasti masa tadika ada sambutan hari guru ke tidak? well I was too young to understand anyway.

Tahun 1975, aku masuk darjah 1 di Sekolah Jenis Kebangsaan Jalan Kuantan (1)... uniknya di sekolah yang sama ada SJKJK(2), kami share 6 bulan sekolah pagi, 6 bulan sekolah petang... ok je aku rasa. Pergi sekolah naik trak polis... duit belanja 20 sen... kantik sekolah macam mini market semua benda ada... junk food le...aku pandang je la...duit 20 sen mana mampu nak beli junk foods. Kantik aku pun ada gaya food court jual makanan macam-macam...memang happening sekali... tapi aku tetap dengan duit 20 sen so entah apa yang boleh beli tak tahulah... yang aku tahu aku banyak rehat bawah pokok bukak bekal.... rehat ala LCCT

Memori sekolah rendah banyak... aku gaduh tarik rambut bila main nyanyi lagu " rambutmu cantik senang kutarik " lagu iklan syampu yang fofular masa tu...alih-alih kawan aku nangis bila turn aku tarik rambut dia...lecehla.

Aku hilang pen dakwat jenama Hero, hadiah dari mak... mak aku marah sebab dia beli pen tu RM5... aku tertinggal dalam laci bawah meja... aku patah balik cari tapi hampehhh

Aku merajuk pergi sekolah lambat... sudahnya aku tertinggal trak...jalan kaki ke solah lepas tu ada budak baling batu kena kepala aku... berdarah...nangis-nangis aku terus berjalan ke sekolah...

Aku suka seni persembahan aku masuk tarian... aku ingat show "Clementine" "10 Budak Hitam" he..he.. best nyanyi dan berlakon... tapi aku boring time cuti sekolah bulan12, kami balik kampung Kelantan... so aku banyak miss konsert...tapi aku praktis jugak untuk kepuasan diri aku walaupun aku tahu aku akan balik kampung... mesti cikgu bengang bila hari konsert aku takde...

Cikgu BM aku cina... memang aku ingat Mr Chin... takde hal je aku tengok cikgu cina ajar BM... ok jer...dulu tak kecoh sangat. Raya kami pakat pergi jalan rumah cikgu... aku lupa nama-nama cikgu...ada cikgu pompuan rumah dia kat Chow Kit, ada Cik Arbaayh ke apa rumah kat Keramat ke Ampang lupa aku... best raya rumah cikgu dapat duit raya banyak mesti RM1 kut...

Tahun 1979, aku pindah ke Sekolah Rendah Dato' Hashim, Pengkalan Chepa... yang ni memori tak banyak...

aku ingat masa Hari Guru aku nyanyi Nasyid... giler apa aku nyanyi sebab aku memang tak reti nyanyi.... bantai le budak-budak... yang aku ingat cikgu yang rumah dia kat Maktab Perguruan Kota Bharu... husband dia lecturer kat situ... cikgu kelas aku lawa rasanya cikgu Merdina ke apa...

Tahun 1981, aku ke Sekolah Menengah Zainab... 5 tahun... kat sini paling banyak memori... aku duduk hostel... aku habiskan 5 tahun pertama zaman remaja di sini... banyak yang aku belajar formal dan tak formal... aku banyak kawan kat sini... tapi semua lost contact lepas Form 5.

Aku ingat masa Form 1 sampai Form 3 kalau Hari Guru ibarat macam nak raya... semua kelas buat Party ... dah macam competition kelas mana buat party yang best.... kami decorate class, fikir pasal food..buat kad... organize games... kiranya Hari Guru kami yang terlebih sudah celebrate... kawan aku banyak yang kreatif dan berkemampuan dari segi kewangan so memang happening le kelas aku.

Cikgu yang paling aku ingat ialah Cikgu Lim (ajar subjek Matematik), Cikgu Chan ( ajar subjek Sains ) memang no nonsense pun cikgu... asyik pop kuiz aje... asyikla aku kena berdiri atas kerusi, atas meja (no joke when you are 5'2" sikit lagi rambut nak kena gunting dengan kipas) duduk dalam longkang tepi kelas... macam-macam denda...

Cikgu BI pun yang amat garang walaupun dia sendiri kecik jer... aku nak cakap "excuse me, I need to ge to the toilet" pun tak boleh. Cikgu Agama tarik perut dan pusing bila aku tertinggal buku latihan...motif tak buat homework le... pastu aku opted ambik Lukisan masa SRP... lagi la dia garang dengan aku...nasib baik Lukisan aku dapat A...

Cikgu-cikgu lain aku ingat-ingat lupa...tapi dengan jasa semua cikgu-cikgu yang begitu gigih aku dapat 8 dalam SRP... aku rasa aku KO subjek Perdagangan....

Aku suka minum kopi susu ais beli kat kantin sekolah... tokeh kantin seorang Al Hafiz... setiap masa mulut membaca quran... nak beli kat kantin pun kena catu sebab duit belanja aku cuma RM27 aje sebulan... sedih kalau ingat zaman tu... abah aku bagi RM50 sebulan (agaknya abah mesti semput nak bagi RM50 tu) bayar duit asrama RM23 ... wah RM23 untuk tempat tinggal dan makan minum full board sebulan... bagus kerajaan. Walaupun aku tak kaya tapi aku tak dapat biasiswa yang kawan-kawan aku dapat RM30 sebulan... aku buku teks tak layak tapi aku usha dengan cikgu maka diberinya aku buku teks...

Lepas SRP... kami segerombolan yang layak pergi ujian masuk MRSM... ha..ha kena tipu sorang pun tak lepas... alkisahnya cerita yang disebarkan ialah HM Pn Hasnah tak bagi kami pergi ke boarding school... sbb nanti result SPM sekolah akan jatuh... bayangkan 2 kelas dapat result SRP below 10 yang melayakkan pergi boarding scholl... ntah betul ke tidak rumours ni... tapi worih aku dapat 8 lepas ke Sekolah Menengah Sains Machang, alkisahnya Pengarah Pendidikan Kelantan sewa rumah dia... kroni dah ada zaman tuh yea.

Cikgu-cikgu Form 4 & 5 tak banyak yang aku ingat sebab aku banyak main... main-main jadi aku lalai...

Akhirnya aku tamat SPM di ZS walaupun tidak cemerlang.... aku main aje macam orang pandai... orang pandai aku lingkuppppp.

Terima kasih juga kepada semua cikgu-cikgu Form 4 & 5 yang telah berjasa kepada aku sehingga aku dah berjaya seperti hari ini... berjaya ada kerja yang baik.

Tapi aku syukur result percubaan aku ok, aku dipanggil untuk ke PPP ITM dan seterusnya dengan izin Allah dapatlah aku menghabiskan pengajian di peringkat Degree.





baby

Aku dan kakak

"Kakak nak baby tak?"

"tak nak"

"kenapa tak nak?"

"kakak tak nak jaga adik ramai"

- hilang satu undi

Aku dan Inas

"Inas nak baby tak?"

"tak nak"

"kenapa tak nak?"

"Inas tak nak"

"Kenapa tak nak...best apa ada baby baru comel"

"Inas tak nak mummy mati beranakkan baby"

La... kesian Inas, ini mesti tengok cerita TV

- hilang lagi satu undi

Aku dan Izz

"Izz nak baby tak?"

"tak nak"

"kenapa tak nak?"

"Izz nak jadi baby"

"ada baby best...comel...boleh kiss-kiss"

"Izz tak nak nanti mummy tak sayang Izz, mummy sayang baby"

Ha..ha...

Confirm aku tak dapat sokongan... tapi aku teringin nak ada baby baru


aku sebagai ibu

Sempena Hari Ibu, banyak artikel pasal ibu ditulis, aku banyak baca cerita pasal kebesaran kasih ibu... macam-macam cerita, yang baik aku jadikan teladan dan lebihnya aku simpan jadikan sempadan.

Aku dah 10 tahun menjadi ibu... aku pun tak tahu samada aku jadi ibu yang baik atau sebaliknya di mata anak-anakku.. semestinya aku harap aku adalah ibu yang terbaik, itu doa aku sentiasa.

Aku sebagai ibu:

1. Hmmm aku rasa aku garang, aku strict... very orthodox style ... aku marah, aku bising, aku membebel sampai kakak tutup telinga... mulut aku memang pot-pet je lah.

Hubby pening agaknya dengan aku... dia selalu cakap "esok anak-anak dah besar, semua tak nak duduk rumah...you duduk sorang-sorang"

tapi hubby tak pernah stopkan aku dari pot-pet... agaknya kalau aku diam dia mesti ingat aku sakit.


Tapi aku tak pernah tangankan anak... kiranya aku mendidik anak guna suara gituh... cukuplah anak-anak aku terseksa dengar suara aku yang sumbang, pitching hanyut ke laut dan kuat bergema satu rumah...

2. Aku ni berkira dengan anak... tak boleh beli itu tak boleh beli ini selalunya bebenda merepek macam toys, pencils, stickers memang aku tak bagi sebab dah bertimbun kat rumah.

Bila Izz pergi kelas piano dengan hubby dia mesti pau cookies Famous Amos, tapi bila pergi dengan aku Izz tak pernah mintak pun. Kalau hubby tanya kenapa Izz tak beli cookies dia cakap "Izz tak nampak kedai cookies" bolehhh gituh tak nampak kedai sebab nak protect aku ... hubby sakan gelakkan aku yang kedekut.

Hubby cakap " esok anak-anak besar, semua tak nak keluar jalan dengan you... semua benda tak boleh beli" hubby memang senang spend untuk anak-anak.

Kakak dan Inas agaknya dah give up dengan aku, mereka jarang mintak nak beli benda yang aku consider merepek... kalau nak beli dengan duit tabung pun aku tak bagi... macam mak tiri.

Tapi bila aku shopping... aku banyak beli barang anak...

3. Aku suka dikelilingi anak-anak... kalau boleh aku nak heret anak-anak ke mana-mana... kalau aku nak keluar rumah mulut aku cepat aje offer siapa nak ikut... aku boleh layan anak-anak bercakap 3 orang serentak walaupun aku sesak nafas nak fahamkan apa ceritanya, aku tak marah kalau mereka lompat tonggang langgang...main bersepah asal jangan main barang aku sudahla... aku nak anak-anak aku jadi budak-budak biasa.

4. Aku nak jadi kawan baik anak-anak aku... aku suka bercerita dengan anak-anak aku pasal sekolah, pasal cikgu, kawan-kawan, tv... aku suka bila dapat berbual macam kawan dengan anak aku... lagipun aku suka bercakap... kalau aku tak layan anak nak layan saper lagi... tak kan aku nak borak dengan bibik pulak... hubby aku malas layan aku





Cerita Hari Ibu

Sabtu pagi, masa breakfast, minum nescafe baca paper (The Star as usual sebab banyak iklan jualan... ) aku dengar anak-anak sibuk dengan tabung mereka, tengah bincang apa nak beli kat aku... I was touched as I listened to them...so sweet of them.

Izz datang kat aku cakap " Mummy nanti lepas piano nak gi Carrefour tapi mummy jangan ikut..."

"Oklah Izz gi dengan Mokcu dan bibik" aku sporting la sikit

Lepas breakfast kami ke Alamanda, tempat lepak aku dari pukul 11.00 pagi hingga 1.00 petang, tunggu anak-anak habis kelas piano... nasib baik aku ada 2 weddings so bolehlah aku killed time pegi Parkson untuk cari hadiah....

Balik rumah... anak-anak sibuk kat meja makan... ada surprise kata mereka.

Aku dan hubby pergi wedding, anak-anak tak nak ikut

Aku " saper nak ikut pegi kenduri? "

Diam.

Aku " eh mummy takde anak ke? takde saper pun jawab, ngapa tak ikut "

Izz " tak ada apa pun kat kenduri, makan je "

Aku " nanti kalau kawan mummy tanya mana anak.. mummy takde anak ke?"

Kakak " mummy cakapla anak mummy tengok TV "

Aarrrggghhhh ... this is not good... kecik-kecik lagi tak nak ikut dah besar nanti lagi tak nak ikut... masa aku kecik dulu pantang mak aku pakai lawa je mulalah aku menyendeng nak ikut... bukan mak aku layan pun...

Hubby suka anak tak nak ikut sebab dia boleh mingle dengan kawan-kawan, aku pulak suka nak heret gerabak kalau pegi mana-mana... seronok ramai-ramai..

Balik wedding... kakak dengan tak sabarnya cakap ada surprise bawah bantal, Inas dan Izz cakap ada surprise dalam almari.... hmmm surprise tapi dah siap cakap...

Ahad, after subuh...I stayed in bed until 9.00 am... bestnya tidur... aku jaga bila anak-anak masuk kejutkan aku dengan surprise mereka... I am so touched when I read their cards... hubby ambik gambar aku yang masih dalam selimut dikelilingi anak-anak memegang kad Hari Ibu mereka....

Kakak " mummy tahun depan kakak nak beli kad yang lagi cantik" bila dia tengok aku happy baca kad dia.

I had a wonderful Mother's Day... thanks to my 3 beautiful princesses...

Kakak, Inas dan Izz cakap mereka bawak RM5 aje semalam jadi tak dapat nak pilih kad yang cantik... pilih kad pun kad ikut bajet RM5 alahai kesian...

Aku malas nak masak... cuti Hari Ibu kononnya lagipun aku ada wedding di Shah Alam.

Hubby dah siap breakfast sendiri... dia pun layan aje aku tidur... ala bukan selalu.. aku rasa hubby buat telur separuh masak dan nescafe... aku tengok bekas dalam sink.


Pukul 11.30 pagi... adik sms cakap mak aku nak makan kari kepala ikan dan udang... dah seminggu dia datang tak sempat makan kari yang aku masak... dia rotate duduk rumah aku, rumah Ita dan rumah Ida... alamakkk ... tapi untuk mak yang aku sayang aku masak jugak... mak aku memang suka makan kari yang aku masak.... mesti mak aku suka dapat makan kari... walaupun aku ingin dilayan pada Hari Ibu... tapi aku masih ada mak untuk aku berikan layanan... dan melayan mak aku lebih penting...

Lepas wedding, aku cari hadiah untuk mak... aku dan hubby beli selipar Scholl untuk mak dan mak Kedah... hubby pun beli jugak kasut untuk aku.... ha..ha... tahun ini aku, mak dan mak Kedah semua dapat Scholl.

Aku tiba rumah pukul 5 pm... dalam 5.30 pm mak, adik, Che Pah dan Niza sampai... kami dah plan nak bawak mak makan tapi mak nak jugak balik kampung malam tu... mak dah rindu rumah dia... mak kata dia tak perasan Hari Ibu kalau tidak dia beli tikat balik Isnin.. takpelah nanti birthday mak..kami suruh dia datang untuk celebrate... mak kata cukuplah dengan hadiah yang dia dapat.. tak makan besar pun takpe... dia dah happy.

Kami makan je kat rumah... aku masak 2 ekor kepala ikan, Che Pah masak udang ala thai

Lepas maghrib kami hantar mak ke stesen bas Kajang... mak balik dengan adik... Ida dan keluarga dah tunggu di sana...

Sebelum naik bas, seperti selalu mak akan peluk cium aku dan adik-adik macam kami budak kecik walaupun kami semua dah besar dan berkeluarga... mak tak jemu berikan peluk ciumnya... kami masih anak-anaknya.. dan seperti selalu mak akan menangis meninggalkan kami.

Selamat Hari Ibu... nikmat anugerah Allah berikan menjadi ibu... peganglah amanah Allah ini dengan sebaik-baiknya.

Aku dalam diam juga memanjangkan ucapan Selamat Hari Ibu buat kawan aku, dengan izin Allah dapat memelihara amanahNya, seorang anak angkat lelaki yang sungguh comel. Welcome you on board ... semoga dapat menjadi ibu yang baik.