ptk tk5

alhamdulillah, akhirnya keputusan peperiksaan TK5 dah keluar

TK5 12 - 21 Nov 2008, aku ambik dalam keadaan aku yang sangat tidak selesa sebab aku kena demam denggi... aku baru early stage of pregnancy... kes meloya dan takde selera dan lain-lain

nasib baik masa tu cuti sekolah... anak-anak dah dipos ke kampung

nasib baik seminar yang pejabat aku anjurkan di Hotel Crown Princess berjalan lancar

nasib baik boss aku benarkan aku mendudukki TK5

nasib baik boss aku faham kenapa aku perlu menduduki TK5

dan akhirnya syukur aku telah lulus dengan cemerlang

dan aku tak percaya aku boleh dapat Aras IV

kerana aku ni kes yang tak mungkin dapat Aras IV

tapi mungkin rezeki ditetapkan Allah....

"I dah tengok result ptk"

"I tahu kan semalam dah keluar"

"tapi I tak tahu pun dah keluar... kalau you tak cakap malam tadi"

"I tak cakap sebab I tahu you pass"

"I lulus cemerlang tau..."

"hah you dapat IV"

"aa dapat IV"

"bolehler you cakap kat ******** you dapat IV"

"aa dia kan cakap I ni makcik yg lost"

"eh you dah tengok ke result you"

"belum tapi I rasa tak pass... I kan tak leh buat"

"nanti I tengok kan you punya"

kesian hubby aku... dia tak pasti... apa-apapun hubby dah dapat rezekinya dalam bentuk lain... rezeki yang lebih besar

1 comment:

pB said...

lepas ni leh ler belanja pB