dalam kereta balik dari Hari Sukan sekolah...
anak-anak dah makan di sekolah
hubby pun dah makan nasi lemak kat kantin sekolah
aku je yang kelaparan
jommm pergi 7-11 nak beli slurppeee... bestnya sedut slurpe panas-panas ni
tapi mesin slurpee rosak... alamak kempunan ler
aku tapau pecal untuk lunch... senangkan tak payah fikir pasal lunch dan masak-masak walaupun hari Ahad...
dalam kereta aku sibuk belek paper... hari Ahad banyak ler benda nak baca
Izz pun sibuk jugak baca paper
"mommy.... mommy solat syuruk tak?"
"mana ada solat syuruk"
"ni ada dia cakap syuruk ... ..." sambil dia baca jadual waktu solat dalam paper
ha..ha... semua ketawa
"syuruk tu waktu matahari dah terbit, syuruk makna dah tak boleh nak solat subuh la"
Showing posts with label izz. Show all posts
Showing posts with label izz. Show all posts
alahai izz
.jpg)
masa dalam kereta lepas sekolah
"kakak dah baca juz berapa?"
aiyoo mummy tak tahu anak mengaji quran juz berapa
"kakak dah masuk juz 13... kakak baca banyak sekali baca 4 helai sebab kakak nak lawan inas"
well inas ni cekap sikit baca quran... dia pernah lebih 2 juz dari kakak... kakak mula ngaji umur 8 tahun lepas balik Jepun itu yang dia merangkak sikit
"ok kakak bacalah rajin-rajin nanti hanis mummy buat khatam quran...best tau" aku cerita pasal majlis khatam quran kat kampung aku, pakai baju cantik macam pengantin dan ada small kenduri meraikan khatam.
"ehh kakak tak nak malu, nanti kakak baca salah"
"takpe, kakak baca dengan ustazah... boleh praktis dulu...bila kakak dah habis kakak dah pandai dah bukan nak baca habis satu quran tuh"
tiba-tiba
"takpe iman... iman baca quran rajin-rajin lepas tu khatam... BILA IMAN DAH BESAR TAK PAYAH BACA QURAN DAH" dussss wah statement power dari izz
aku dan hubby tersentap... agaknya sebab dia tak pernah tengok orang besar baca quran... he..he.. aku dan hubby baca yassin je malam jumaat... jadi bagi dia baca quran ni untuk budak kecik aje.
anak-anak memerhati setiap perlakuan ibubapa dan mencipta peraturan berdasarkan pemerhatian mereka... aku berdoa anak-anak aku membuat pemerhatian positif perlakuan aku dan hubby...
nak kena lebih hati-hati lepas ni....
Subscribe to:
Posts (Atom)