week 34

Jumaat 29th Mei 2009...

Aku ada appointment check-up... selalunya check-up hari Sabtu... kami pilih PCMC pun sebab Dr. Seri boleh accommodate my check-up on Saturday... kami seboleh-bolehnya tak nak kacau time office... so far Alhamdulillah memang aku tak pernah ambil time-out or leave or even MC untuk check-up.

Tapi sebab aku kena buat blood test... terpaksalah datang hari Jumaat... blood test at 9.00 am dan check-up at 4.00 pm.

Hubby memang tak boleh temankan aku.... so aku pun call Linie.

"Linie, you free tak, datang ambik I for lunch"

"ok tapi after 12 pm sbb my maid habis cuci rumah pukul 12pm"

"ok... I pun habis test pukul 11.00 pagi..."

Sebab hubby sibuk dan aku seperti biasa amat malas nak drive so hubby dah hantar aku pukul 7.40 pagi.... pagi giler tu

Bila aku sampai alamak sunyi sepi... pergi kat registration kaunter takde orang... nasib baik ada papers... habis semua paper aku baca... barulah datang misi..

"Puan... awalnya... kami buka pukul 9.00 pagi..."

"Takpe memang saya awal..."

Pukul 9.00 pagi... misi panggil aku untuk normal rutin plus ambik darah... dia bagi air glukos yang amat manis untuk diminum dan darah akan diambil lepas 2 jam.

Pagi Jumaat memang tak ramai patients... misi kata doktor buka klinik petang... pagi ada 2 doktor aje...

Aku duduk sorang2 je kat waiting lounge... tengok Astro dan baca majalah... adusss boringnya nak tunggu 2 jam... dah le perut lapar sebab kena puasa.

Tepat pukul 11.00 pagi, misi terus panggil aku untuk ambik darah... agaknya dia kesian kut tengok aku duduk melangut keboringan...

Lepas ambik darah... aku pun turun ke cafe untuk makan.... alamak cafe pun sunyi je... tak jadi aku nak masuk.... aku pegi kiosk yang ada beli Nescafe segera dan Anjung Seri... aku lepak kat lobi sambil tunggu Linie.

Kami pergi lunch kat Pavillion... beli donut JCo dan makan nasi padang.

Sebab Linie tak pernah datang Pavillion... aku pun baru kali ke dua ke Pavillion jadi kami pun pusing-pusing Pavillion... tempat shopping orang kaya... memang exclusive.

2 preggies mommies membawa perut window shopping kat Pavillion... tengok barang baby... sembang pasal baby... kami tak beli apa pun... dah tua kut nafsu nak membeli pun dah takde...ha..haa

Sibuk sangat menawaf kedai... tak sedar dah dekat pukul 4.00 pm... apa lagi kelam kabut turun ke parking... kami tak jumpa kereta, both preggies mommies sudah lupa di mana kami parked kereta... alahai penat jugak berjalan kat parking tu...

Sampai kat PCMC... bergegas solat dan terus naik... sampai kat registration

"Puan...puan pegi mana... doktor dah tunggu..."

"Takde patient lain ke..."

"Ada... dia dah masuk dulu..."

"Oh takpe... biarle patient lain masuk... "

Aku, Linie dan Harraz, anak Linie, tunggu tak sampai 5 minit... dah kena panggil...

Linie kenal sepupu Dr. Seri... banyak la sembang... masa check-up... sungguhla kecoh sebab kami asyik bergossip pasal Prof di HUKM... Dr. Seri dan misi dia dulu kerja kat HUKM...

"Dr... berat saya turun la... "

"Well I'm not worried about your weight... I am more worried about your baby breech"

As always Dr. Seri memamng tak kisah dengan berat aku yang hanya naik 9 kg je wpun dah masuk minggu 34.

"Yeah... the baby has been very accommodating... dia dah move... kepala dah turun"

"Kita try for normal delivery ye"

"Kalau baby besar... boleh ke"

"I will monitor baby punya size..."

Alhamdulillah.... baby baik dia pusing walaupun dah hampir 33 minggu in breech presentation..

Lepas check-up... Linie ajak aku buat hospital tour.

We visited the ward and also the labour room... aku puas hati sebab bilik standardnya quite nice with KLCC view dan labour room pun nice and cosy.

"kat mana husband nak duduk" aku perasan katil delivery tu rapat ke dinding.

"oh husband duduk kat sofa ni... ambik video... ramai husband buat macam tu"

"eh macam tengok wayang pulak... duduk kat sofa... "

"kalau nak hisband berdiri kat hujung kepala, boleh tolak katil"

aha... legaaa takde maknya aku nak bagi hubby duduk menonton kat sofa... aku pun tak bagi abik video... snap photo cukuple...

After tour, kami solat asar dan tunggu hubby datang ambik aku.

Thanks Linie and Harraz kerana temankan aku check-up.

Linie dah selamat bersalin at 36 weeks kerana BP yg tinggi pada 1 Jun 2009.

No comments: