ptk tk5

alhamdulillah, akhirnya keputusan peperiksaan TK5 dah keluar

TK5 12 - 21 Nov 2008, aku ambik dalam keadaan aku yang sangat tidak selesa sebab aku kena demam denggi... aku baru early stage of pregnancy... kes meloya dan takde selera dan lain-lain

nasib baik masa tu cuti sekolah... anak-anak dah dipos ke kampung

nasib baik seminar yang pejabat aku anjurkan di Hotel Crown Princess berjalan lancar

nasib baik boss aku benarkan aku mendudukki TK5

nasib baik boss aku faham kenapa aku perlu menduduki TK5

dan akhirnya syukur aku telah lulus dengan cemerlang

dan aku tak percaya aku boleh dapat Aras IV

kerana aku ni kes yang tak mungkin dapat Aras IV

tapi mungkin rezeki ditetapkan Allah....

"I dah tengok result ptk"

"I tahu kan semalam dah keluar"

"tapi I tak tahu pun dah keluar... kalau you tak cakap malam tadi"

"I tak cakap sebab I tahu you pass"

"I lulus cemerlang tau..."

"hah you dapat IV"

"aa dapat IV"

"bolehler you cakap kat ******** you dapat IV"

"aa dia kan cakap I ni makcik yg lost"

"eh you dah tengok ke result you"

"belum tapi I rasa tak pass... I kan tak leh buat"

"nanti I tengok kan you punya"

kesian hubby aku... dia tak pasti... apa-apapun hubby dah dapat rezekinya dalam bentuk lain... rezeki yang lebih besar

solat syuruk

dalam kereta balik dari Hari Sukan sekolah...

anak-anak dah makan di sekolah

hubby pun dah makan nasi lemak kat kantin sekolah

aku je yang kelaparan

jommm pergi 7-11 nak beli slurppeee... bestnya sedut slurpe panas-panas ni

tapi mesin slurpee rosak... alamak kempunan ler

aku tapau pecal untuk lunch... senangkan tak payah fikir pasal lunch dan masak-masak walaupun hari Ahad...

dalam kereta aku sibuk belek paper... hari Ahad banyak ler benda nak baca

Izz pun sibuk jugak baca paper

"mommy.... mommy solat syuruk tak?"

"mana ada solat syuruk"

"ni ada dia cakap syuruk ... ..." sambil dia baca jadual waktu solat dalam paper

ha..ha... semua ketawa

"syuruk tu waktu matahari dah terbit, syuruk makna dah tak boleh nak solat subuh la"

I feel it

i think the baby moves...

hmmm I think it was the baby or was it just gas in my tummy...ha..haa.

bila lah nak really feel the baby move

kakak kata:

"baby ni malas sangat la... nak tidur je"

so baby when are u planning to fully kick and turn your mommy...

your mommy and sisters cannot wait... to feel you

wk 20

" mummy baby gerak tak? "

" tak lagi "

ehmmm ikut buku... season mummy like me should feel the baby movement as early as wk 14

" doktor, I tak rasa baby's movement? "

" you tak rasa macam gas, angin ke? "

" ada tapi tak macam movement pun.... maybe perut dah tebal kut "

so we are all waiting for the movement...

doktor kata baby ok...

baby malas gerak kut...

oh oh baby girl dalam perut pun dah pandai bermalas-malasan

" kalau baby girl...haru le sebab I malas betul masuk dapur? "

" baby malas ke... you yang malas "

uhhh malas aku nak layannnnnn

anak exam

arahan minggu ini

no tv...

lepas ngaji baca buku

pukul 6 petang baru boleh main kat luar " kalau tak hujan "

pukul 7 malam terus mandi

lepas mandi solat/dinner.... mana yang dulu, kalau nak makan as family lambat sikit

pukul 8 malam buat revision... rumah aku sunyi jer... amannnn

ishhh bosannya rutin anak-anak aku... kesian

tapi minggu exam... dengan rutin begitu pun pencapaian mereka so - so aje

aku tak kisah dengan result exam mereka

yang aku cukup bangga sebab mereka dapat ikut rutin

itu bagi aku dah cukup baik

dan yang bestnya... masa aku tengah lunch

" mummy tadi exam Izz rasa Izz boleh buat "

" Izz rasa boleh buat? "

" Izz memang boleh buat "

" Izz boleh buat banyak ke sikit "

" Izz boleh buat banyak... ada satu yang Izz tak tahu... Izz tanya cikgu kena bulat ke? cikgu tak cakap... jadi Izz tak buat apa-apa pun "

aku dalam hati dah kembang dah....

WPY 43

mula-mula ambik WPK 46...

he..he.. cun sama dengan yang hitam WPC 46

ehmmmm nanti anak-anak confuse... dua-dua keter hitam

kalau suruh naik keter hitam 46... eh keter hitam mana?

ehmmm kena tukar

ohhh nak no mana... belek-belek tenung-tenung ala tak lama pun tak sampai setengah minit

akhirnya WPY 43

ok...

ok la WPC 45, WPC 46, WPY 43

baju

pagi tadi... ngadap almari cari baju... almari dalam bilik dan almari kat quest room

belek-belek baju...

dah boring nak pakai baju yang sama...

bulan lepas dah tempah 10 pasang baju kurung ... dan baju baru pun dah jadi kurang baru sebab asyik pakai jer

baju baru tu ukuran baru... ehem setiap kali tempah ukuran naik 2 inci..

bila ukuran baru selesa sikit pakai... alasan

baju lain ada tapi ukuran lama... takpe lah boleh pakai lagi kut... wah yakin nampak

ambik baju kurung purple antara baju kurung yang ditempah lepas balik Jepun tahun 2006...

"dear kain tak muat la..."

"alamak baju sendat...nampak perut bulat"

"weekend ni kena pegi shopping cari baju...waa...."

"ada duit ker nak shopping tu... kata dah bankrap.."

well at 5 months pregnant logikla baju kurung dah tak muat kan... bukan aku gemuk

ishh tak kan nak tempah maternity dress awal lepas tu nak pakai sampai bulan 7

issh aku plan nak tempah 5 helai je cukup untuk seminggu...

5 helai seminggu pakai selama 4 bulan... aku rasa

baju akan reput

aku akan muntah tengok baju tu

aku kena tempah lebih... lari bajet... tempah baju mahal

nak beli ready made, mak dah pesan kalau pakai baju mengandung biar labuh tak elok singkat macam dulu... ye la dulu aku muda comei je pakai gown kut

tak sabar nak shopping...

nak hantar tailor mana? ha itu satu lagi masalah... aku tak cadang nak spend a lot on maternity dress sebab ini mungkin last aku mengandung.... hu hu sayang kalau beria-ia buat baju lepas tu tak boleh pakai...