rahsia gembira

dalam lift, izz tak lepas pegang print out scan adik

kakak, inas dan izz posing with gambar bakal 'adik'

Rahsia sudah terbuka...

aku dan hubby menyimpan rahsia istimewa sejak Disember 2008...

sebabnya...

aku takut pengalaman lalu ... masuk 10 ke 12 minggu aku akan bleeding dan akhirnya keguguran

hubby tak pasti ... I tak mau bangun malam buat susu dah tua-tua ni...

dan yang penting anak-anak tidak mahu BIG TAK MAHU

jadi kami biarkan ia rahsia... dan sedang mencari jalan untuk berkongsi rahsia istimewa ini.

bila dah masuk 4 bulan...perut aku mula kembang dan kakak mula perasan bila aku duduk perut aku nampak besar...dan dia sudah mula bagi remark

"mummy perut besar macam mengandungla" tegur kakak

"tak tahulah mengandung ke tidak" aku jawab selamba nak test water dulu
"itula mummy exercise lah bagi kurus" Inas pulak bagi suggestion... alamak itu ke yang dia fikir her mummy is GEMUK and BONCIT

sejak itu Inas selalu concern pasal aku dah kurus ke tidak... kalau aku outstation dia akan tanya

"mummy dah turun berapa kilo...dah kurus ke belum" aku gelak sebab aku outstation 2 malam aje..

bila anak-anak asyik tegur, maka hubby cakap ok nanti kita pergi jumpa doktor dan tanya doktor kenapa perut mummy besar

kebetulan aku ada check up pada 17 Januari jadi kami dah janji akan bawa semua dengan syarat hanya izz aje yang dibenarkan bertanya doktor kenapa perut mummy dah besar.

"nanti izz tanya doktor... apa yang ada dalam perut mummy"

"kalau Allah kata dalam perut mummy nak ada adik... kita akan dapat adik"
izz masih diam.... izz tak dapat menerima kenyataan dia akan ada adik kerana dia memang tidak mahu adik... dia nak jadi anak bongsu.
"kalau ada adik, izz nak adik jadi kakak, izz nak jadi anak bongsu.. izz nak ayah sayang izz banyak"
"ok nanti izz jadi anak bongsu ayah, adik jadi kakak izz...."
kami dah plan aku akan masuk dulu dan cakap kat doktor situasi anak-anak

aku masuk bilik dahulu dan terus cakap kat doktor pasal anak-anak aku yang masih tak tahu tentang pregnancy aku dan bagaimana mereka tidak suka untuk ada adik baru... doktor aku cakap dia pun mengalami masalah sama dengan anak dia dulu tapi dia kata kejap aje lepas itu mereka akan happy untuk dapat adik baru...legaa aku doktor faham.

doktor sebenarnya concern masalah aku yang telah keguguran 3 kali terus bertanyakan keadaan aku dan dia cukup gembira kerana aku sihat... terus mood happy dan suruh aku panggil hubby masuk.

bila hubby bawak anak-anak masuk doktor pulak yang terlebih teruja... terus je dia bukak rahsia

"tahu tak mummy ada adik dalam perut..."

muka anak-anak aku panik... mereka ingat datang untuk tanya doktor kenapa perut mummy besar dan mummy asyik nak baring je... he..he..

"best tau nak dapat adik.... jom kita tengok adik dalam perut mummy"

lucu aku tengok doktor beria-ia cerita pasal baby

"jantung adik ni berdegup kuat.. see baby lambai kakak dia... nanti auntie tunjuk mana tangan adik"

"ini jantung adik... tu kaki adik... tengok kaki adik gerak"

makanya doktor hanya bercerita dengan anak-anak aku yang amat terpaku melihat skrin monitor... dan doktor memang pandai control situation bila dia cakap "adik" dan membuatkan anak-anak aku agak selesa bercerita pasal adik.

aku dan hubby diam aje... let this be their session... let them learn from the expert
"kenapa adik tak lambai tangan lagi" Inas sudah mula excited

"oh baby dah tidur kut...dia penat.. nanti auntie pusing kita tengok belah mana lagi clear"

ha..ha.. aku happy bila anak-anak nampak happy...
"ok ... kakak semua girls... nanti auntie tengok adik ni apa..."

"oh surprise.... semua kakak-kakak ni mungkin dapat baby boy"

"actually it is too early too tell...takut hanya tali pusat jatuh aje nanti tak betul pulak auntie teka...kedudukan baby bersila tak boleh nampak betul la... nanti datang bulan depan boleh tengok clear"

wah doktor sudah teruja ni bercerita... dan aku sungguh worry sebab nanti pengharapan anak-anak aku tinggi dan andai sebaliknya takut pulak mereka kecewa..
"you pun mesti nak baby boy kan" doktor tanya aku yang terbaring
"saya tak kisah asalkan selamat dan sihat doktor" skima aje jawapan aku
lepas tu doktor pandang anak-anak aku
"so ada apa-apa lagi nak tanya...auntie tak sabar ni nak cakap... tanyalah auntie jawab"

doktor beria-ia tanya anak-anak aku yang masih agak-agak terkejuzzz... lepas pilih gambar untuk diprint mereka mula excited tengok gambar adik... sepanjang jalan asyik tengok gambar sampai pakcik cina dalam lif pun tegur

"all 3 girls ke banyak happy la"
aku dan hubby bersyukur kerana hari ini segalanya bukan lagi rahsia.....











No comments: