alahai izz


masa dalam kereta lepas sekolah


"kakak dah baca juz berapa?"


aiyoo mummy tak tahu anak mengaji quran juz berapa


"kakak dah masuk juz 13... kakak baca banyak sekali baca 4 helai sebab kakak nak lawan inas"


well inas ni cekap sikit baca quran... dia pernah lebih 2 juz dari kakak... kakak mula ngaji umur 8 tahun lepas balik Jepun itu yang dia merangkak sikit


"ok kakak bacalah rajin-rajin nanti hanis mummy buat khatam quran...best tau" aku cerita pasal majlis khatam quran kat kampung aku, pakai baju cantik macam pengantin dan ada small kenduri meraikan khatam.


"ehh kakak tak nak malu, nanti kakak baca salah"


"takpe, kakak baca dengan ustazah... boleh praktis dulu...bila kakak dah habis kakak dah pandai dah bukan nak baca habis satu quran tuh"


tiba-tiba


"takpe iman... iman baca quran rajin-rajin lepas tu khatam... BILA IMAN DAH BESAR TAK PAYAH BACA QURAN DAH" dussss wah statement power dari izz


aku dan hubby tersentap... agaknya sebab dia tak pernah tengok orang besar baca quran... he..he.. aku dan hubby baca yassin je malam jumaat... jadi bagi dia baca quran ni untuk budak kecik aje.




anak-anak memerhati setiap perlakuan ibubapa dan mencipta peraturan berdasarkan pemerhatian mereka... aku berdoa anak-anak aku membuat pemerhatian positif perlakuan aku dan hubby...


nak kena lebih hati-hati lepas ni....

No comments: