pagi:
1 cawan nescafe panas dan 2 keping roti peanut butter jelly
lunch:
aku tapau nasi ayam dan cucur udang masa balik meeting... nasi ayam senang sebab aku boleh tapau untuk driver dan PA aku
aku makan separuh je nasi ayam tu... tak le sedap sangat...
petang:
hubby sms " I meeting lambat habis... u balik dulu naik teksi nanti claim " ishh mana aku nak cari teksi... malas nak call dan arrange for teksi...
so aku mintak driver hantar aku balik... tapi kalau pakai driver kena cepat sebab driver pun nak balik rumah dia kan... jadinya
aku sampai awal... aku pun terkejut bila aku tiba di rumah masih terang dan anak-anak masih berlari-lari naik basikal depan rumah... bestnya, selalu aku tiba rumah dah senja...
aku masuk dalam rumah rasa sunyi sebab anak-anak dan bibik sedang main di luar
aku ambik tupperware keropok dan buat root beer float dengan ice cream vanilla masuk bilik
aku pasang citer The Dark Rider... dah lama hubby beli untuk aku tapi sebab hubby tak minat so aku tak ada kawan nak menonton sudahnya Heath Ledger or The Joker dah memang award baru aku hegeh-hegeh pasang... jam kat dinding pukul 6 pm.... aku sedap landing tengok dvd sambil minum float dan makan keropok... wah rasa macam bercuti pulak..
dalam pukul 7 pm aku dengar, kereta hubby.... oppsss aku pause dvd... aku turun... la jumpa hubby kat tangga
" balik dgn apa? bila? "
" dah balik awal... driver hantar.... sempat tengok dvd? "
malam:
anak-anak makan spaghetti, aku masak tapi aku tak sentuh pun
hubby makan kari daging mamak semalam dengan telur rebus dan kopi o
aku teringat cucur udang dan terus hidang
hubby makan sikit, aku makan sikit... lebih buang... bibik malam diet walaupun aku tak nampak dia makin kurus setelah sekian lama diet
aku tak de selera... sebab menu yang amat le lcct
nasib baik lately hubby tak cerewet makan, aku jer yang cerewet oppps bukan cerewet tapi kurang selera
pukul 10.30 malam:
aku turun buat nescafe dan ambik biskut
masuk bilik atas katil aku cicah biskut dengan nescafe sambil layan citer 24
kalau tidak malam nanti aku tak boleh tidur kelaparannnn
hu hu sedihnya kan... itu aje yang aku makan dalam sehari tak aci-aci aku patut makan macam-macam sebab aku dapat kebenaran untuk makan tanpa risau pasal gemuk
sebabnya
aku pregnant tak payah fikir diet tapi aku tak lalu makan
masa aku tak pregnant tu sedap ajer aku belasahhh makan... sampai aku risau naik badan
ini bila aku dah tak payah risau pasal berat... aku tak lalu
ptk tk5
alhamdulillah, akhirnya keputusan peperiksaan TK5 dah keluar
TK5 12 - 21 Nov 2008, aku ambik dalam keadaan aku yang sangat tidak selesa sebab aku kena demam denggi... aku baru early stage of pregnancy... kes meloya dan takde selera dan lain-lain
nasib baik masa tu cuti sekolah... anak-anak dah dipos ke kampung
nasib baik seminar yang pejabat aku anjurkan di Hotel Crown Princess berjalan lancar
nasib baik boss aku benarkan aku mendudukki TK5
nasib baik boss aku faham kenapa aku perlu menduduki TK5
dan akhirnya syukur aku telah lulus dengan cemerlang
dan aku tak percaya aku boleh dapat Aras IV
kerana aku ni kes yang tak mungkin dapat Aras IV
tapi mungkin rezeki ditetapkan Allah....
"I dah tengok result ptk"
"I tahu kan semalam dah keluar"
"tapi I tak tahu pun dah keluar... kalau you tak cakap malam tadi"
"I tak cakap sebab I tahu you pass"
"I lulus cemerlang tau..."
"hah you dapat IV"
"aa dapat IV"
"bolehler you cakap kat ******** you dapat IV"
"aa dia kan cakap I ni makcik yg lost"
"eh you dah tengok ke result you"
"belum tapi I rasa tak pass... I kan tak leh buat"
"nanti I tengok kan you punya"
kesian hubby aku... dia tak pasti... apa-apapun hubby dah dapat rezekinya dalam bentuk lain... rezeki yang lebih besar

solat syuruk
dalam kereta balik dari Hari Sukan sekolah...
anak-anak dah makan di sekolah
hubby pun dah makan nasi lemak kat kantin sekolah
aku je yang kelaparan
jommm pergi 7-11 nak beli slurppeee... bestnya sedut slurpe panas-panas ni
tapi mesin slurpee rosak... alamak kempunan ler
aku tapau pecal untuk lunch... senangkan tak payah fikir pasal lunch dan masak-masak walaupun hari Ahad...
dalam kereta aku sibuk belek paper... hari Ahad banyak ler benda nak baca
Izz pun sibuk jugak baca paper
"mommy.... mommy solat syuruk tak?"
"mana ada solat syuruk"
"ni ada dia cakap syuruk ... ..." sambil dia baca jadual waktu solat dalam paper
ha..ha... semua ketawa
"syuruk tu waktu matahari dah terbit, syuruk makna dah tak boleh nak solat subuh la"

Subscribe to:
Posts (Atom)