12 tahun

13 Februari 1997...

13 Februari 2009...

12 tahun dan 3 puteri comel ... dalam satu perjalanan indah
12 years of strawberries and chocolates
12 years of salts and peppers
and yet it all tasted so sweettttt....

countdown to 12th

aku tunggu

walaupun tak ada apa-apa pun yang luar biasa akan berlaku

aku tahu

kami mungkin akan laluinya seperti hari biasa

tapi

walaupun begitu

aku tetap teruja menunggu

aku cuma kena remind my dear hubby

dia selalu ambil mudah perkara ni

dia memang macam tu

aku dah biasa

tapi kalau aku rancang dia ok jer

walaupun kena jugak sedas dua "ala buat habis duit jer"

dan aku akan merajuk

"oklah jom pegi mana-mana... you pilih"

dan aku selalunya tolak peluang baik dan pilih tempat yang biasa

sebab itulah selalunya setiap tahun ia menjadi biasa

salah saper.... salah aku... tidaklah aku kan baik.... tak membazir sebab selalunya semua tempat akan jadi giler mahal

apa nak buat tahun ni?

apa nak mintak tahun ni?

let the countdown begins......

mak bimbang

mak datang minggu lepas.... eta bawak mak bercuti ke cameron highlands sempena tahun baru china... mak suka berjalan... aku dah janji nak bawak mak ke langkawi tapi masih janji tinggal janji... bila agaknya aku akan dapat bawak mak ke langkawi.

iman, inas dan izz happy bila mama dia datang...

iman dan inas berlari ke pintu memeluk mama mereka

dan aku tergelak bila izz mengur mamanya

"hi mama!!!" amboi boleh hi hi lagi sambil makan di meja

bila malam, iman dan inas akan bentang tilam dan bersempit-sempit tidur dalam bilik mama... sanggup tu tidur atas tilam nipis tanpa aircond

"biarla they all merasa tidur dengan tok nenek nanti dah besar tak nak dah tidur sama" kata hubby bila aku cakap bilik tetamu tu sempit bila mereka tidur.

bila mak ada aku memeang tak lepas peluang sembang habis-habisan dengan mak

"nanti tak payah beli barang baby lagi.... tunggu lepas beranak pun takpe" kata mak

"ala susahla lepas beranak...nak beli tapi tunggu dah nak beranak sangat nanti" aku balas eh mana boleh aku tak shopping barang baby kan...

"mak tak berani cakap kat orang lagi takut nanti gugur lagi... jangan lebih-lebih pulak kalau tak jadi lagi kali ni macamana" mak macam risau je tak nak sembang pasal babay

"doktor cakap ok je takde apa-apa" kata aku

"mama doktor kata baby dalam perut mummy baby boy tapi kena pegi check lagi bulan depan nak confirm betulke boy..." kakak happy je bagitahu mama dia

"eh mana kakak tahu" mak memang cukup berhati-hati cakap pasal benda yang tidak pasti

"doktor kata nampak macam boy tapi doktor tak berani nak confirm lagi takut yang nampak tu tali pusat je" aku bagitahu mak

"kalau dapat adik lelaki bestla kan kakak" mata mak dah mula merah.... mak tak ada anak lelaki, dan mak mesti suka kalau ditakdirkan aku dapat anak lelaki kali ini.

"nanti aqiqah buat kat kampung, mak beli lah kambing" aku cakap hubby dah setuju suruh buat aqiqah baby nanti kat kampung aku lebih meriah.

"isshhh nanti dah beranak la baru cari kambing... beranak dulu nanti baru nak suruh pak ngah cari kambing" kata mak

mak masih lagi risau pasal aku...




pelik

aku amat teruja untuk mengandung kali... kerana aku selalu berharap agar Allah memberikan aku satu lagi peluang untuk aku merasakan pengalaman mengandung buat kali terakhir... keinginan untuk mengalami pengalaman mengandung yang bagi aku cukup istimewa dan indah sungguh mendalam.

Alhamdulillah doaku dimaklumkan Allah...

yang peliknya... sehingga kini bila kandunganku sudah masuk minggu ke-18.... aku rasa macam biasa-biasa aje

yang lain sedikit adalah bila hubby, anak-anak dan mereka yang rapat dengan aku memberi lebih perhatian... yang lain tiada yang istimewa

aku tertanya kenapa...

agaknya...

disebabkan jawatan aku... aku merahsiakan kandungan aku untuk tidak menjejaskan prestasi kerja aku... hingga kini boss dan staff aku tidak tahu yang aku mengandung.

di opis yang tahu hanyalah seorang pegawai bilamana aku terpaksa memaklumkan bahawa aku telah dinasihatkan oleh dokotr untuk tidak menaiki kapalterbang... pegawai aku agak kehairanan kenapa aku tidak boleh naik kapalterbang... terpaksalah aku beritahu keadaan aku dan aku minta ianya tidak dihebahkan.

agaknya faktor usia membuatkan aku tidak lagi terpanggil untuk berkongsi kegembiraan mengandung dengan rakan sekerja dan lain-lain.

agak lain berbanding 3 kandungan aku terdahulu, seronok bercerita mengenai kandungan dengan rakan pejabat, berkongsi petua, tips dan pengalaman sesama kami.... sekarang tidak lagi aku rasa tidak molek untuk aku sebagai boss untuk berkongsi cerita mengandung aku dengan pegawai-pegawai aku.... apa pulak kata mereka ha..ha.. boss mengandung

rasanya akulah satu-satunya boss yang mengandung... tidak pernah lagi terjadi seorang SUB mengandung dan membawa perut dalam mesyuarat peringkat tertinggi... aduhai bagaimana agaknya bila boss-boss besar melihat aku bilamana perut aku sudah memboyot, mesti mereka tersenyum

selalunya pegawai perempuan yang sudah berada pada kedudukan aku mereka semuanya sudah tidak mengandung lagi.

aku seperti biasa tidak mengalami sebarang masalah dan masih lagi boleh menjalankan kerja dengan baik... dengan kerja yang memerlukan aku sentiasa aktif bergerak dan perlu ke beberapa lokasi mesyuarat dalam satu hari, Alhamdulillah Allah mudahkan aku sama seperti Allah sentiasa mudahkan pengalaman mengandung aku untuk 3 kandungan terdahulu.

yang lucunya, ada pegawai aku sedang mengandung anak sulung... dia dah mula mc dan sudah nampak keletihan mengandung sedangkan aku yang dah berumur ni steady aje

nanti sama-samalah kami berdua cuti bersalin

agaknya terkejut besar boss aku bila aku akan cuti bersalin 2 bulan.... aku malas nak fikir reaksi nya

aku juga sedang fikir macamana nak tolak untuk tidak ke Belfast, UK pada bula Jun nanti... macamana nak ke sana bila perut dah memboyot...nanti diketawakan orang

so sebanarnya aku ni malu agaknya pregnant di usia begini... kenapa harus malu... relaxla enjoy your pregnancy... kurniaan Allah ini bukan boleh dibeli walau dengan wang berjuta

dan yang aku amat pelik adalah selera makan aku

aku dah happy sebab aku memang dah bersedia nak belasah apa saja makanan tanpa perlu fikir diet (macamlah aku ni jenis diet...) tapi lain pulak jadinya... ishhh pelik

aku tengok makanan tapi perasan nak makan tidak tinggi

aku beli makanan tapi aku macam tak lalu nak makan.... aku dah ada stok mango jelly, cashew nut, nestum, biskut pelbagai jenis, teh buah dan macam-macam lagi kat opis tapi aku tak terasa nak makan... pelik aku sebab aku sepatutnya enjoy makan all those junks, kalau berat aku naik pun so what I am pregnant... tapi tak jadi begitu...geramnya aku... geramnya bila aku tak boleh bantai makan apa saje

kalau aku makan nasi pun tak banyak, separuh pun susah nak habis... kadang aku boleh ambik 2 jenis sayur aje... makcik jual pun dah jeling semacam ingatkan tangkai jering mana yang berkira nak ambil lauk ni...

aku harap selera aku akan bertambah... aku nak belasah makan ni... lepas bersalin nanti aku kena pantang dan aku akan menderita.... aduhiiii