Alhamdulillah doaku dimaklumkan Allah...
yang peliknya... sehingga kini bila kandunganku sudah masuk minggu ke-18.... aku rasa macam biasa-biasa aje
yang lain sedikit adalah bila hubby, anak-anak dan mereka yang rapat dengan aku memberi lebih perhatian... yang lain tiada yang istimewa
aku tertanya kenapa...
agaknya...
disebabkan jawatan aku... aku merahsiakan kandungan aku untuk tidak menjejaskan prestasi kerja aku... hingga kini boss dan staff aku tidak tahu yang aku mengandung.
di opis yang tahu hanyalah seorang pegawai bilamana aku terpaksa memaklumkan bahawa aku telah dinasihatkan oleh dokotr untuk tidak menaiki kapalterbang... pegawai aku agak kehairanan kenapa aku tidak boleh naik kapalterbang... terpaksalah aku beritahu keadaan aku dan aku minta ianya tidak dihebahkan.
agaknya faktor usia membuatkan aku tidak lagi terpanggil untuk berkongsi kegembiraan mengandung dengan rakan sekerja dan lain-lain.
agak lain berbanding 3 kandungan aku terdahulu, seronok bercerita mengenai kandungan dengan rakan pejabat, berkongsi petua, tips dan pengalaman sesama kami.... sekarang tidak lagi aku rasa tidak molek untuk aku sebagai boss untuk berkongsi cerita mengandung aku dengan pegawai-pegawai aku.... apa pulak kata mereka ha..ha.. boss mengandung
rasanya akulah satu-satunya boss yang mengandung... tidak pernah lagi terjadi seorang SUB mengandung dan membawa perut dalam mesyuarat peringkat tertinggi... aduhai bagaimana agaknya bila boss-boss besar melihat aku bilamana perut aku sudah memboyot, mesti mereka tersenyum
selalunya pegawai perempuan yang sudah berada pada kedudukan aku mereka semuanya sudah tidak mengandung lagi.
aku seperti biasa tidak mengalami sebarang masalah dan masih lagi boleh menjalankan kerja dengan baik... dengan kerja yang memerlukan aku sentiasa aktif bergerak dan perlu ke beberapa lokasi mesyuarat dalam satu hari, Alhamdulillah Allah mudahkan aku sama seperti Allah sentiasa mudahkan pengalaman mengandung aku untuk 3 kandungan terdahulu.
yang lucunya, ada pegawai aku sedang mengandung anak sulung... dia dah mula mc dan sudah nampak keletihan mengandung sedangkan aku yang dah berumur ni steady aje
nanti sama-samalah kami berdua cuti bersalin
agaknya terkejut besar boss aku bila aku akan cuti bersalin 2 bulan.... aku malas nak fikir reaksi nya
aku juga sedang fikir macamana nak tolak untuk tidak ke Belfast, UK pada bula Jun nanti... macamana nak ke sana bila perut dah memboyot...nanti diketawakan orang
so sebanarnya aku ni malu agaknya pregnant di usia begini... kenapa harus malu... relaxla enjoy your pregnancy... kurniaan Allah ini bukan boleh dibeli walau dengan wang berjuta
dan yang aku amat pelik adalah selera makan akuaku dah happy sebab aku memang dah bersedia nak belasah apa saja makanan tanpa perlu fikir diet (macamlah aku ni jenis diet...) tapi lain pulak jadinya... ishhh pelik
aku tengok makanan tapi perasan nak makan tidak tinggi
aku beli makanan tapi aku macam tak lalu nak makan.... aku dah ada stok mango jelly, cashew nut, nestum, biskut pelbagai jenis, teh buah dan macam-macam lagi kat opis tapi aku tak terasa nak makan... pelik aku sebab aku sepatutnya enjoy makan all those junks, kalau berat aku naik pun so what I am pregnant... tapi tak jadi begitu...geramnya aku... geramnya bila aku tak boleh bantai makan apa saje
kalau aku makan nasi pun tak banyak, separuh pun susah nak habis... kadang aku boleh ambik 2 jenis sayur aje... makcik jual pun dah jeling semacam ingatkan tangkai jering mana yang berkira nak ambil lauk ni...
aku harap selera aku akan bertambah... aku nak belasah makan ni... lepas bersalin nanti aku kena pantang dan aku akan menderita.... aduhiiii
No comments:
Post a Comment