Selamat Hari Ibu

I know Mother's Day is just around the corner, when:

kakak: "mummy Hari Ibu berapa haribulan?"

aku: "
bulan Mei, haribulan tanya cikgu nanti cikgu bagitahu" saja tak bagitahu konon surprise sikit.

kakak: "
alaa cakapla berapa haribulan nak kumpul duit nak beli present "

hmmmm sungguh tak surprise...

kat kalender dah ada satu bulatan besar

kakak: "
mummy.. kakak dah tanda Hari Ibu 11 Mei kat kalender"

Pagi tadi:

kakak: "mummy nak bawak duit lebih... nak beli bunga dan kad kat sekolah, hari Isnin cikgu bagi"

memang tak surprise, makanya hari Isnin depan aku akan dapat 3 kuntum bunga ros plastik warna merah dan 3 keping kad... bila membaca kad ucapan yang dibuat sendiri oleh mereka sambil merenung wajah-wajah comel mereka aku akan rasa amat gembira.

Syukur Alhamdulillah... aku diberikan rezeki mempunyai anak-anak untuk merayakan Hari Ibu ini... Insya Allah aku akan sentiasa berdoa agar aku dapat menjadi ibu yang sebaiknya.

Aku jadikan mak sebagai idolaku dalam mendidik anak.

Mak masih tegur dan bebel aku walaupun aku dah nak masuk 40 tahun, mak masih belum puas mendidik kepada kami adik-beradik.

Mak sentiasa risau dengan kesihatan kami adik-beradik... janganlah aku mengadu sakit mesti mak risau sekarang kalau aku sakit aku tak bagitahu mak, masa berpantang mak jaga aku lebih dari aku jaga diri sendiri...

Mak sentiasa jadi kawan aku... aku dan adik-adik boleh sembang dengan mak berjam-jam... mak layan je semua topik... dari kecik mak ajar aku dan adik-adik bercerita dengan mak... aku rasa semua benda aku cerita kat mak.. sepupu-sepupu aku pun suka bercerita dengan mak... mak macam kaunselor sebab karektor mak yang lembut dan suka mendengar...

Mak masih mengingatkan aku dan adik-adik pasal solat... mungkin mak tengok cara aku kerja yang sentiasa sibuk agaknya mak bimbang aku tak menjaga solat... aku kena cakap dengan mak aku solat kat sini, solat kat situ macam aku umur 15 tahun.... jangan risaulah mak... Insya Allah anak mak ni ok.

Yang bestnya, sekarang mak ada di sini
... bolehlah celebrate Hari Ibu dengan mak... kalau bawak mak makan memang seronok sebab mak suka makan...

Selamat Hari Ibu untuk mak, mak Kedah dan semua ibu-ibu.

2 comments:

ummu asiah said...

Meloncat dari blog pB..tahniah tahniah dah ada blog sendiri...best kan..ada tempat nak meluahkan apa yang ada dalam fikiran. Cantik blog ni hampir secantik blog tuan yang merekanya.

Seronoknya berpeluang sambut hari ibu dgn mak kan..walaupun hari2 pun hari ibu..cuma dah di allocatekan satu hari extra special..mak-mak mesti tunggu ucapan dari anak2..

Mak Kedah?, suami oghang kedah ka..akak pun kedah la jugak..

HAPPYIRFA said...

salam ..
slmt hari ibu.tp sy x dapat kad.hu hu